Friday 3 April 2015

Sanah Helwah Sayang

Apa khabar iman dan hati kita semua hari ini? Sudah diberi makanan rohani belum? Alhamdulillah kalau sudah. 

****
Semoga bermanfaat

****
Segala puji bagi Allah dikurniakan sahabat karib dunia akhirat yang Aimi sayang sangat-sangat harini genap umurnya yang ke-17.



Happy birthday ! Selamat hari jadi ! Sanah helwah ! Piranta naal valtukal ! Zhu ni sheng ri kuai le ! Saengil chuka hamnida ! Humairah binti Mohd Shapiee !

budaknya comel je. Cantik. Ayu tapi gangster sebenarnya. Alhamdulillah Allah kurniakan kecantikan krpadanya. Hehe. 


Nak buat ucapan sikit nih . ehem ehem ehem . Betulkan kedudukan .


Kehadapan sahabatku, Humairah. Bermula hari ini 04-04-2015 dik ah dah semakin dewasa.
Ingat tu. Semoga jadi anak yang solehah, insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dapat mencapai cita-citamu sebagai Dai'eah dan photographer yang dik ah harapkan tu, berjaya didunia dan akhirat dengan cemerlang, mendapat 8A+ dalam trial SPM dan SPM 2015, Dijodohkan dengan K.I kihkihkih. yang penting persahabatan kita kekaal hingga ke syurga Allah. Ameen ya Allah.


Nanti kalau dah dapat sambung belajar kat oversea nanti jaga diri baik-baik, jaga imej diri, keluarga, agama Islam, Malaysia. Kami sentiasa doakan kejayaanmu sahabatku. :,(
Semoga ceria selalu. Terima kasih sudi menjadi sahabat Aimi dunia akhirat selama 5 tahun perkenalan kita ni. Alhamdulillah .

Terima kasih mewarnai kehidupan kami selama ni. Assif kalau kami banyak buat dik ah terasa sepanjang kita berkawan. Terima kasih atas segala2nya sayang.


"Harini ku doakan agar setiap langkahnya yang diatur, tiap perancangan, setiap impian dan harapannya sentiasa berada dalam rahmat Allah. Ya Allah panjangkanlah umur dan berkatilah rezeki sahabatku ini kerana aku terlalu menyayanginya.. Moga Engkay perkuatkanlah talian ukhwah antara kami ini"

****
Humairah,
Setiap malam ingin ku ambil bintang-bintang dan akan ku berikan pada kamu agar kamu tahu betapa bersinarnya kamu dalam hidupku.

Humairah,
Aku mengenal kamu melalui satu nama, memahanimu melalui satu renungan, mengingatimu melalui satu kenangan dan menyayangimu melalui satu yang dipanggil ukhwah fisabilillah. Semoga Allah mengukuhkannya, hanya dengan keranaNya yang mampu buat kita bertahan.

Humairah,
Andai dirasakan permata nilam itu indah, indah lagi ukhwah yang terjalin antara kita. Diri ini amat banyak kekurangan, maka ku pinta, lengkapilah kekuranganku dengan kelebihanmu. Andai terjumpa kekuranganku maka ku pinta berlapang dadalah dan teruslah menasihatiku dan mendoakanku.

Humairah,
Ana mungkin tidak memiliki apa-apa untung dihadiahkan padamu sayang bagi menghargaimu. Hanya sepotong dia agar kehidupanmu sentiasa dikunci dengan kebahagiaan dan kasih sayang Allah.

#KI tetap dihati mairah. Hehe 


Salam kasih dari diriku yang menyayangimu.

11:03 a.m

Manjung, Perak