Saturday 31 May 2014

Ramadhan?? Tak sabarnya. Allahumma Ballighnaa Ramadhan

Few more days before Ramadhan InsyaAllah ^_^



Bulan Ramadhan ni bulan yang berganda. Setiap apa yang kita buat akan mendapat balasan berganda. Malah nafsu kita jugak turut berganda walaupon syaitan dirantai oleh allah SWT . Sebab nafsu dah bertapak kat hati dan bermaharajalela.

Bila kita buat kesilapan, kita selalu salahkan syaitan dan iblis sebab menggoda kita. Tapi sebab apa kesalahan yang sama turut berlaku dalam bulan ramadhan? [tak ke pelik]. Adakah rantai yang mengikat kaki syaitan tu terlalu panjang sampai dapat bagi 'petunjuk' dekat kita???

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila datang bulan ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Semoga dengan keberkatan ramadhan yang bakal tiba ni, kita dapat mengilap kembali hati kita yang pudar ni dan melumpuhkan nafsu2 hitam yang yang bertahta kat hati kita selama ni. Oleh itu, inilah masa yang perlu kita guna sebaik mungkin untuk mendidik nafsu kita yang selama ni dikongkong@dikawal oleh syaitan [nauzubillah]. Berpuasa bukan tahan lapar ja, Tapi berpuasa ni berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi kita sebagai manusia. Berpuasa ni jihad yang besar yang wajib dihadapi oleh umat Rasulullah SAW.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid dijalan allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan ramadhan ni anugerah allah sebagai tanda kasih sayang allah dekat hamba2nya. Allah tak kan sia2kan keletihan umatnya hinggakan tidur pada siang hari juga diberikan pahala. Cuba tengok, betapa besarnya kasih sayang Allah dekat kita. So, jom sama2 kita nilai diri kita ^_^. Semoga tahun ni amalan kita makin bertambah dan sempurna pelaksanaannya. InsyaAllah. Jangan kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri semdiri.


Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."




COUPLE??

Bukan sesuatu yang asing lagi. Kalau dulu, istilah couple nie just ada dekat sekolah biasa je tapi sekarang dekat mana2 sekolah istilah couple ni dah jadi fenomena. Indahnya hidup bercouple [haaaa?] Sebab saya sendiri berpeluang merasai suasana di sekolah agama dan sekolah biasa.

Mungkin dekat sekolah agama kita sentiasa ditarbiyah oleh ustaz/ustazah melalui program usrah dan lain-lain. Sentiasa ditarbiyah dan ditegur kalau buat kkesilapan. Kan?. Ada naqibah dan ustazah yang sentiasa mentarbiyahkan diri kita.

Dan tak mustahil kalau dah couple tu sampai ada yang boleh duduk sebelah menyebelah. Ambil gambar sama-sama dengan caption "bahagianya hidup dengan si dia. "Wah romantik sungguh.So sweet like candy.

Kalau dulu asyiklah guna alasan ni. "Kitorang couple islamik."
"Kitorang saling saling mengingatkan bla bla bla."

Asyiklah dengar ayat ni. Kadang2 terfikir juga kenapa mesti ada islam kat belakang couple tu. Adakah couple tu no.1 dan islam no.2? Ingat, niat x menghalalkan cara. Semua dah tahu benda ni, betul tak?

It wouldn't be love if sending them straight to hell. It wouldn't be love if trying to make them fail. It wouldn't be love if making them far away from allah.

Saya pernah bertanya pada kawan SMA saya tentang couple nie.

A : Kenapa tengok budak sekolah ...... banyak dah lain?
B : Apa yang lainnya?
A : Dah ramai yang couple sekarang.
B : Because diorang rasa diorang dah layak untuk memiliki dan dimiliki
[ayat kemain :)]

Dimiliki dan memiliki. Kita ada hak untuk memiliki dan dimiliki? Bukan kita semua ni hak cipta terpelihara milik allah ka? Ngee~

Tapi tak semua budak sekolah agama macam nie. Ada ja yang semakin hebat dan terus memperhebatkan diri dengan ilmu seperti ustazah Fatimah Syarha (ex-SMAASZA), Dr.Zaharuddin (ex- SMAP LABU) dan Dr.Zahazan (ex-KISAS) dan ramai lagi. Kalau list out semua jadi panjang gila entri nie.

P/S : Tak kisah la kita belajar dekat mana, sekolah biasa atau sekolah agama. Yang penting kita kenalah jaga maruah diri, ibu bapa dan agama. Saya pon bukan budak yang baik, tapi kita boleh mencuba kearah itu, bukan?. And 1 more thing, kepada ex-ex sekolah agama atau yang masih bersekolah di sekolah agama, awak2 semua kena tahu satu perkara. Awak semua diperhatikan bukan sahaja oleh allah tapi juga masyarakat sebab awak bawa imej islam. :)))

wallahu'alam~


Friday 30 May 2014

SOLAT

Amal yang diperiksa pertama kali pada Hari Kiamatt adalah solat. Jika sempurna diterimalah ia dan seluruh amalnya. Jika ternyata kurang ditolak ia dan seluruh amalnya .

Rasulullah SAW bersabda:
"Solat wajib itu umpama timbangan. Siapamenyempurnakan akan mendapat balasannya."

Baginda juga bersabda:
"Siapa solat tepat waktunya, menyempurnakan wudhuk, rukuk dan sujud serta kusyuk, naiklah solat itu bagai telur kuning dan berkata, "Semoga allah menjagamu sebagaimana engkau menjagaku," Dan siapa solat tidak tepat pada waktunya, tidak pula menyempurnakan wudhuk, rukuk, sujud dan kusyuknya, naik ia seperti hitam pekat dan berkata, "Semoga Allah mensia-siakannya sepertimana engkau mensia-siakanku, "Lalu Allah membungkusnya seperti membungkus pakaian manusia dan melemparkan ke mukanya.'

Sesetengah ulama' berkata' "Orang solat ibarat pedagang yang tidak untung sebelum menerima modal. Demikianlah pula orang solat. Tidak diterima sunatnya sebelum dia lakukan yang fardhu."Abu Bakar ra berkata, "Jika datang solat, berdirilah ke Neraka Tuhanmu yang kau nyalakan lalu kau padamkan."

Baginda bersabda:
"Jika solat tidak menghalangi kejahatan dan kemungkungkaran seseorang,maka bertambah jauh dia dari Allah. Dan solat orang yang melambat-lambatkannya takkan mencegah kejahatan dan kemungkaran."

Baginda bersabda:
"Betapa banyak orang berdiri solat . Namun yang didapatinya hanyalah kesusahan. Tidak lain adalah orang yang melengah-lengahkannya."