Tuesday 14 July 2015

Expectation Manusia --"


Dari semalam nak mengupdate entry nih tapi tak kesampaian sebab wifi masalah. Okay back to the topic 

Barangkali kita memang mudah expect seseorang tu berdasarkan expectation kita sendiri. >,<

Contoh dalam satu keadaan bilamana kita tengok sorang lelaki tu pakai seluar jeans, seluar ketat sikit je, baju tshirt ala-ala rock kapak, disarung pulak dengan leather jacket, dalam fikiran kita mesti expect lelaki ni mesti bukan kaki masjid, mesti tak solat tepat waktu, mesti kaki lepak, mesti kaki tu kaki ni and so on kan?


Tapi expectation kita tu akan berubah dalam masa 5 saat, bilamana lelaki tu tukar pakaian dia kepada jubah, pakai serban, pegang tasbih. Kita akan kata dia ni kaki masjid, mesti tahfiz ni, mesti selalu jadi imam masjid, mesti suka sedekah buat amal kebaikan dan mesti mesti mesti.



See? Kita expect someone tu mudah sangat. Padahal orang tu orang yang sama. Just pakaian ja yang berubah. 

So how we manage ourself from not being so-much-expecting someone? In Islam, we learn about 
H U S N U D Z O N 
that's mean bersangka baik. *speaking pulak aku nih --" 

Dalam apa jua keadaan sekalipun, Never easily say yang orang ni mesti macam ni, mesti macam tu. Don't, okay? . .

"because we never live in their shoes"

Just change it with something good words. It's not that hard :) 
Maaf english terabur.

#CintaHalal


Sebelum ana memulakan kata-kata terimalah sebuah lagu yang bertajuk #cintahalal .. ehh macam dia pulak nak nyanyi --"


Currently this my favourite song ever #CintaHalal by areef. Liriknya banyak beri nasihat kepada insan-insan yang bernama perempuan, wanita, girls, woman and so on.


Ok now ana nak bedah sedikit lirik lagu #CintaHalal


" Sebaik- baik wanita itu apabila kamu memandangnya hati kamu akan tenang dan gembira. Kamu perintah, dia patuh. Kamu pergi, dia menjaga dirinya."

Point lirik di atas ialah apabila seorang suami melihat wajah isterinya pasti merasai ketenangan dan kegembiraan kerana selagi mana hubungan halal telah tercipta dan medan bahagia sedang terbina, selagi itu keredhaan Allah wujud dalam hubngan itu...

"Kamu perintah dia patuh. Kamu pergi, dia menjaga dirinya."

Seorang wanita yang mukminah dan muslimah ialah seorang wanita yang bilamana suaminya memerintahkan sesuatu (dalam hal-hal yang baik) seperti hendaklah taat kepada Allah dan Rasul serta suaminya, dia tidak membantah malah melakukannya demi mencapai keredhaan Allah. Jua seorang wanita solehah itu bilamana suaminya tidak disampingnya, dia menjaga dirinya. Dia tidak mengambil kesempatan ketika ketiadaan suaminya seperti ketika suaminya di tempat kerja. Si isteri juga perlu menjaga maruahnya serta keperibadiannya dengan sebaik-baiknya demi meraih kecintaan daripada suaminya serta redha Allah.

Nak jadi wanita yang disayangi Allah?
Lakikan apa yang disebut dalam lirik diatas. InsyaAllah :)








Monday 13 July 2015

Dia pakai tudung, tapi..


Dia pakai tudung tapi...

Dia gelak kuat-kuat depan orang ramai
kadang-kadang bertepuk tampar dengan lelaki
suka menggedik cari perhatian orang
balut aurat bukan tutup aurat
sumpah seranah kata-kata kesat sambil sinsing lengan bila marah

Yang memerhati pulak bertanya :

"Perempuan ape macam tu ? Pakai tudung tapi perangai entah hapa hapa! "

Berhenti..
Stop menghakimi dia..
Sebab..

Dia manusia biasa..
selalu make mistake..
memang, tak patut dia buat macam tu..

Tapi seperti yang ana nak kata..


Dia hanya perempuan biasa
sekadar manusia biasa
yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Jadi, apa patut kita buat?
daripada mengutuk mengumpat dia,
tegur diakan bagus?

Batu yang keras pun boleh berlubang disebabkan air yang berterusan menimpanya!

By the way, kenapa selalu salahkan tudung sedangkan si pemakainya yang bersalah? However, benci kepada dosanya bukan pendosa.

Manusia
lebih suka jadi juri daripada penasihat. kan? =..=

Sunday 5 July 2015

Sanah Helwah '17

Assalamualaikum,

رجلان تحبا في الله اجتمعا وتفرقا عليه
"Dua orang pemuda yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu berpisah keranaNya"

Moga mereka itulah kami

Alhamdulillah for everything ya Allah. Harini hari apa? Birthday sapa entah? Tak nak wish pon sebenarnya. Tapi tangan yang gatal nak wish ;) *ajet-ajet ja. mana mungkin tak wish. 5 Julai 2015, genaplah umur seorang hamba Allah yang sangat comel, baik, supporting, always happy go lucky and insyaAllah seorang hamba Allah yang taat padaNya. 

Penat hasilkan khat tau dak? :P

Walaupun kita duduk berjauhan. Sedih banget *jauh sangat :P Okay okay, I nak wish HAPPY BIRTHDAY to Youuu, PIRANTA NAAL WALTUKAL haa ni baru sesuai untuk mu,Mawaddah Sofia Binti Misbahalmunir. Selamat Hari Tua Addah yang comel lotte. Sempena birthday awak hari ni.

Mawaddah Sofia. Nama yang terletak cantik diatas sekeping kad pengenalan yang berwarna biru yang bernombor ************. Teringat pendahuluan oral BM haritu pulak. haha . Sungguh mencuit hati ana saat pertama kali kami bertemu. Dialah pemberiaan Allah. Dirinya penuh cerita, IBRAH dan kenangan yang ana semat kemas di dasar hati bermula dari awal kami kenal hingga hari ini. Alhamdulillah 

I nak wish spesial untuk awak. heeeee :) Ehem ehem betulkan kedudukan. 

Dear my Sahabat Dunia wa Akhirat, Mawaddah Sofia

Cantik pulak permulaannya. heee. Malu pulak nak buat ucapan >,<  
We're being friend for 5 year and still counting! ^ ^ 
Since form 1 kan? 
How fast time flies. hoho
i would pray our friendship would last till jannah! Ameen
Sorry for anything, thanks for everything. 
Eh speaking pulak eko ni aimi.Ok back to Bahasa Melayu. 


Tiada apa yang istimewa nak bagi untuk awak. Tak mampu beli hadiah yang mahal-mahal untuk awak. Just a simple present only. Tiada kek atau kad ucapan untuk meraikan heri yang bermakna untuk awak. 

Tapi...

InsyaAllah diri ini tak pernah lupa untuk mengirimkan doa buat awak. Mungkin Allah boleh bagi sesuatu yang berharga buat awak. Eh bukan mungkin tapi pasti :). Seiring dengan semakin tua :P Moga semakin matang dalam meniti liku-liku kehidupan. Semoga dilimpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi. 

Nak pesan sedikit :)

*Jadilah hamba yang solehah buat pencipta.
*Anak yang solehah.
*Kakak yang solehah buat adik-adikmu.
*Sahabat yang setia saat suka dukany temanmu.
*Insan yang bermanfaat buat Ummah. 

SYUKRAN untuk semua persahabatan ini. Tiada yang ditakdirkan Allah itu sia-sia. Banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini. Hanya Allah yang layak menerima pujian. Bersyukur  buat pemilik roh dan jasad ini kerana  sudi menganugerahkan seorang SAHABAT sepertimu. Alhamdulillah.

Awak,

Andai tiba-tiba satu masa nanti tali persaudaraan ni diuji, Terlebih dahulu ku memohon maaf. Tegurlah diri ini yang daif. Sedarkan diri ini andai langkahku tersasar. Semoga ukhwah  yang terjalin ini terus kekal mewangi. Andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga Allah masih izinkan kita bertemu di jannahNya . InsyaAllah..

bergambar depa 2 jah >,<  kalau aimi ada lagi best

Okey cukup la bersastera. hehe. Now kembali macam biasa. bertukar. jengg

Alhamdulillah. syukur gila-gila sampai kehari ni kami masih lagi seperti dulu. tetap bersahabat. Kita kawan tau Addah mok mok :P Berkongsi itu dan ini. Sharing itu dan ini bukan sama ja ka? -,- Dan ni adalah satu nikmat yang Allah bagi. Niknat yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang soleh dan solehah :)

Lumrah persaudaraan. Biasalah ada suka ada duka. Sedangkan lidah pun boleh tergigit. Inikan pulak hubungan sesama manusiakan? 

kekalkan persahabatan kita tau :D Assif untuk segalanya. Walau kite sedar takdak yang kekal kat dunia ni melainkan Allah

With love, Aimi Majidah :) 





Saturday 27 June 2015

Jika Ingin Berpurdah

Hari ni nak share satu topik umum untuk setiap muslimah yang ingin BERPURDAH. Nak berpurdah bukan SENANG.

"Eh? Kenapa pulak? Ambik je la kain tutup muka. Apa yang susah?"


gambar di bawah, Tingkat berapakah kita berada?


*klik gambar untuk lebih jelas*

Rata-rata yang saya lihat berpakaian pada peringkat 6. InsyaAllah lepas ni boleh cuba biasakan diri berpakaian pada peringkat 7 pulak :) . Takpe slow-slow. Bagi yang dah berada pada peringkat 7, teruskan istiqomah. 

2. Biasakan diri berSTOKIN. 
Kalau tak biasa, boleh cuba STOKIN bercorak tak kisahlah corak polkadot, jalur-jalur, bear, strawberry ke sebab ana pun suka stokin yang bercorak ni. sebab apa? sebab dia cute :) 

3. Kurangkan gambar kita di FB
Ana tahu, kamu semua comel-comel, ayu, manis , cute miut belaka ^^. Tapikan apa kata kita pakat-pakat tunjuk gambar kita hanya dekat mahram kita ja :) Tak ke molek gitu? Kata UAI, kalau dah teringin sangat nak letak gambar, boleh. macam ni....

-Gambar tu mesti kecik
-Menutup Aurat dengan sempurna
-Tak buat muka gedik/manja

Nak letak gambar besar boleh, tapi seeloknya jangan buat muka. Lagi afdhol dalam gambar tu ada ramai orang. Semua orang boleh berubah, termasuk kamu yang baca ni ^^ 

4. Sebelum berpurdah kena biasakan diri bertudung labuh. 
Takkan kita yang dari freehair nak terus pakai purdah?. Bagi ana itu terlalu drastik.

Takut tak istiqomah
Takut riak mendekati kita

5. Untuk cara awal takut tak istiqomah berpurdah , kita cuba pakai purdah dalam rumah atau ketika berjalan jauh/melancong . Bila jauh-jauhkan orang tak kenal. Okey.. katakanlah jiran, sedara mara , kawan-kawan tahu yang kita berpurdah tapi tetiba kita bukak purdah tu semula, mesti orang pandang pelik kan? Tapi tak pelik pada pandangan Allah, kerana berpurdah satu sunnah. Tapi better lepas pakai tu istiqomah. Kan kita nak cantik dimata Allah ^^


Berpurdah bukan bererti dia seorang yang baik, tapi sekurang-kurangnya dia cuba jadi seorang yang baik. Semoga sentiasa diredhai Allah ^^v

-Thank for kak Afina Rahmat-

Suatu Hari Nanti

Assalamualaikum : )


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Alhamdulillah harini masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya dan harini sudah masuk 11 Ramadhan 1436. May Allah ease everything for us. May Allah protect us for any harm and may Allah give us strenght. Ameen.


   Alkisahmya bermula begini pada tahun 2011 ketika di tingkatan satu. Ana dengan semangat berkobar-kobar ingin berpurdah. Suka sangat tengok akak-akak yang berpurdah dan teringin ada kawan yang berpurdah. Nak tanya pengalaman diorang. Terasa seperti hati ini diketuk  diketuk hati ini untuk memakai pudah jugak. Tapi time tu ana still tak pasti siapa yang mengetuk. Boleh jadi Allah, boleh jadi musuh Allah. Sebab apa ana kata macam tu? Kerana semangat yang menjulang itu ketika Allah izin menjejak kaki ke Makkah menjadi tetamu Allah, ana beli satu purdah untuk diri dan sampai sekarang masih ada purdah tu. Pertama kali pakai purdah tu rasa nak menangis, dapat rasa ketenangan bila memakai secebis kain itu dan rasa yang tau nak cerita macam mana. Tapi bila mana menatap wajah sendiri di cermin, hatiku mula berkata-kata "eh? cantik jugak aku berpurdah" faham tak apa yang ana nak maksudkan ni? sebab tu ana tak pasti sama ada diketuk oleh Allah ataupun musuh Allah. Niat aku nak berpurdah tu seolah-olah dicemari oleh bisikan syaitan. Dia membisikkan di halwa telinga ana dan mencantikkan pandangan mata ana terhadap wajah sendiri. Dia buat niat aku nak berpurdah itu kerana lain. Pintar betul kau syaitan! Sekelip mata twist niat ana tu. Ana tahan niat ana nak berpurdah. Sebab takut niat tu jadi lain  dan sekarang ramai yang menjadikan purdah sebagai satu trend. 

   Okey start tahun ni ana ada hobi baru iaitu membeli purdah / niqab online. Tak pakai pun just buat koleksi. Akan pakai bila tiba masanya. Setiap kali ada gambar orang berpurdah atau kartun berpurdah ana akan save dalam fon. Kerana ana suka melihat mereka yang berpurdah dan mereka sangat beruntung kerana Allah pilih mereka untuk berpurdah.Ya dan ana pernah bernazar kalau ana dapat ni ana nak berpurdah tapi, once again ana batalkan nazar tu. Ana gantikan dengan nazar lain. Asbab? diri sendiri yang mengetahui. Ana selalu berfikir kalau pakai purdah, nanti kalau pi rumah cousin or cousin datang rumah or balik kampung, kena pakai purdah jugak ka? Takkan nak berkurung dalam bilik? Tapi aku teringat satu lagu nasyid hijjaz yang berbunyi begini..  


"utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia"


ya! one day later i will! InsyaAllah. Ana akan pastikan suatu hari nanti ana berpurdah jugak. Peduli apa yang orang nak kata. Tajdid niat



Friday 26 June 2015

MOMENTO B1

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum,
and good morning,
good afternoon,
good evening,
good night! :) 
Salam sejahtera, moga dirahmati dan diredhai

Ok harini nak cerita pasal Bilik B1 atau nama yang diberi oleh ahli bilik B1 is Momento B1. Sebab apa kami namakan Momento?? Sebab disitulah bermulanya banyak moment suka duka kami. Bergurau senda, berlawak jenaka, melawak kasar, sharing cerita and banyak lagi moment2 pelik yang hari2 kami buat.




M.O.M.E.N.T.O   B.1

Momento B1 terdiri daripada 4 orang ali bilik yang tinggal disatu bilik berwarna biru bersebelahan bilik warden dan bersebelahan bilik B2 dan berhadapa dengan RTB. Nak cerita sorang-sorang punya character. Tapi sebelum tu mohon ketiga-tiga ahli bilik mereput. Jangan baca entry ana ni. Sebab apa mometo B1 tak boleh baca? sebab diorang cute. ehh? tak la sebab nanti ana kena marah dengan diorang. Hoho. 

Mawaddah Sofia binti Misbahalmunir

-takut gelap
-takut hantu
-jangan sesekali usik malam-malam
-cute?
-lembut tapi hakikatnya ganas
-mok mok
-suka warna biru
-suka kasut
-suka ....
-paling pendek dalam bilik
-paling susah nak gerak pagi

cukup la tu pasal dia. Kalau nak cerita character dia saja nanti ana buat entry baru. Ok seterusnya...

Nuril Najwa Binti Ahmad

-pengusik nombor satu
-gangster
-mok mok yang penting
-paling tinggi dalam bilik
-suka perasan depan cermin
-penggerak ahli bilik dipagi hari
-Hobi menyanyi bersama ahli bilik
-suka ......
-mentor ana kalau bab study
-tak makan ikan keli

banyak lagi tapi malas nak type

Izzati Hana Binti Mat Zaki

-suka jadi hantu
-suka kacau ahli bilik malam-malam
-gemar membaca alquran malam-malam sambil 
 hangguk macam hantu
-ayu? jauh sekali
-comel ke??
-orang kedua pendek 
-suka ajet serius
-agak susah bangun disiang hari
-senang tapi kekadang susah jugak nak bangun pagi
-seorang berkaca mata
-suka curik katak orang
-elergik ayam dan chocolate

Aimi Majidah Binti Mohd Shukri
-ayu
-manis
-orang ke tiga tinggi
-gangster dalam ayu
-penakut
-gila -,-
-gegeh
-ada 4 bantal comel kat asrama. tapi katak diculik oleh nuril, ulat diculik oleh zatie, kitty diculik oleh  addah. So ada satu je captain.
-dalam diam sebenarnya seorang yang manja
-tak suka orang tau dia ada problem ke tak . tapi dia nak ada orang pujuk dalam senyap dan tahu    problem 
-hobi menyanyi, ketawa bersama mereka

ok now nak cerita pulak sedikit sebanyak seguni sehasta seciput tentang moment-moment kami dalam bilik B1. Macam yang dikatakan nuril akan bangun awal pagi-pagi *masa tak tentu kadang2 jam 2:50 / 3 lebih / 4:00 . Lepas tu dia akan kejut ana mahupun Izzati. Mawaddah orang terakhir kitorang kejut. Sebab apa? Sebab susah nak kejut. hehe. Ada satu pagi tu, gerak addah. Addah bangun dan senyum. Lama dia senyum. Meremang bulu roma apabila menyaksikan kejadian yang berlaku itu. Then tidur balik. Kami ahli bilik mengutamakan ahli bilik dulu. Apa-apa pun semua ahli bilik didahulukan. I give one example : contoh kalau dekat shower (bilik mandi) . Kami akan pastikan semua ahli bilik dah mandi baru kitorang bagi puteri-puteri lain masuk. Semua dah masak dengan perangai bilik kami. ^^v Ok lepas solat subuh, semua bergegas masuk dalam bilik dan mulalah projek kami iaitu bersiap untuk ke sekolah. Dalam bilik ada 2 cermin. Tapi satu cermin ni sangat famous. haha. kami akan berdiri depan cermin ikut turutan. depan sekali Addah, second Izzati, Third Aimi and last sekali Nuril. Disitu bermulalah sesi gelak ketawa, aku lindung kau, kau lindung aku. Mak ku hijau, kuning, hitam semua ada. Ada sorang junior ni kata "Bilik B1 kalau sorang keluaq semua mesti keluaq berjemaah sekali". Ada jugak orang perati bilik kami nih. Famous. Kami buat apa semua sama-sama tak semua kot... 

***
....Penat type....

Lari tajuk jap. Ana dengan Mawaddah kalau lepas sekolah masa engah tunngu sebelum solat asar. Kami akan naik atas pentas surau tu. Capai mike then singing. Gila kan. then bila adik2 masuk depa tengok je. haha. layan je la kakak-kakak senior yang gila nih. lepas singing kami pon buat siaran langsung sendri. temu ramah orang dll.

Okay back to the topic.

Sesi persekolahan tamat pada jam 5 lebih kurang. Balik-balik tu terus kena sorok cermin. Nanti ada la yang nak start perasan depan cermin. Tak aimi, mawaddah tak mawaddah, zatie tak zatie, nuril. cakap dengan cermin. Kalau sorok cermin pon semua boleh gagah lagi pi cari cermin lain -,-. Ok sepatututnya nama bilik kena tukar. Momento Perasan B1. hoho. Kadang-kadang study sikit-sikit yang banyaknya sembang. Kalau boleh gelak tu. MasyaAllah. Macam-macam topik la kami masuk. Kami mennyanyi, kami sharing cerita. Sorang pon tak boleh tidur lepas Asar. Kalau ada yang nak tertido kami mesti jalan-jalan keluar pi bendang or pi belakang asrama. Tidur lepas asar kan tak elok. Tapi kalau semua dha mengantuk tu hmmm faham-faham je lah. Mata tu nampak katil, nampak katak, nampak ular nampak captain apa tah and nampak kitty je. Kalau x de orang kejut alamatnya sampai ke maghrib la kami terlajak. Bila sebut pasal terlajak ni, Ada satu hari tu ramadhan ke 5 maybe. Tak ingat pulak yang tu. Memang haritu penat sangat. Lepas tadarrus terus masuk bilik tidur. Bilik kami ni tak suka open pintu *keling So orang luar tak perasan skami keluar ke tak lagi. Nak dijadikan cerita Anis Najma masuk... time tu jam menunjukkan pukul 7:29 lagi berapa minit nak bukak puasa. Time tu bilik pun dha gelap sebab tak bukak lampu. Nasib baik Allah gerakkan hati Anis untuk check bilik kami. Kalau tak... alamatnya lepas tarawih baru kami bangun dan berbuka puasa. hehe. *dalam hati, kenapa anis gerak. alaaaa 

***
Kalau bulan puasa kami akan order makanan or minuman then share satu bilik. Sikit cara sikit, banyak cara banyak. Contoh mawaddah order air kelapa, aimi order jagung cup, nuril order puding zatie order ayam. Then kami akan share berjemaah. Kami makan lepas terawih. Tu kalau bulan puasa. kalau bukan bukan puasa kami share biskut . ais yang ditabur milo *Ahli bilik kami penngemar ais. Lagi-lagi Mawaddah dan Aimi.  Kalau la sekolah buat satu pertandingan 'BILIK YANG TUTUP LAMPU PALING LAMBAT' kami la pemenangnya. 

***
Satu ni yang paling ana tak suka. Tau tak benda apa? Ana ni bukannya penakut. Kalau dekat rumah duk sorang-sorang dalam bilik dekat tingkat atas. tak rasa apa pun. Duduk rumah malam-malam sorang-sorang, mama baba ana semua keluar ana tak takut. Tapi bila asrama ni ana jadi takut. Nuril dengan Izzati apa lagi gunakan peluang yang adalah untuk kenakan Ana dan Mawaddah sebab kitorang takut. Diorang start la buat hantu diorang tu. bayangkan tengah peluk bear tu tiba-tiba dia cakap. Or dia kata kakak kakak nak main dengan kakak boleh. Adik bosan la. Macam-macam la diorang kacau. Kalau time tu tak naik atas katil lagi, Ana akan lari keluar bilik. Kalau dah naik atas katil, diorang kena baling dengan bantal, Inilah puncanya Ana dan Mawaddah tidur sekali tiap-tiap malam.  

***
In the end.. Banyak sangat benda sweet kami. Tapi tak nak cerita. Biarlah tersimpan didalam hati. Sebab tak elok ceritakan kesweetan kami dekat umum. aceywah. Yang penting semua ahli bilik B1 mok mok. mok mok. mok mok.

Awak saya jatuh cinta dengan awak . Awak cinta pandang pertama saya. Tapi sayang awak takkan kumiliki. ok gedikkss


Thursday 11 June 2015

Ramadhan To Go. Vrooomm

Bismillahirrahmanirrahim

Pimpinlah aku kejalan yang benar.

Assalamualaikum w.b.t semua
Lama tak update entry baru dekat blog ni (lama la sangat padahal baru semalam je update.hoho)
Peh. Sejuk bebenor malam nih. Dah pakai sweater pun sejuk lagi. pehh pehh pehhh. ok lelebih pulak aku ni. Kembali kepada tajuk.

Jika semua Harta adalah Racun,
Maka Zakat adalah Penawarnya

Jika seluruh Umur adalah Dosa
Maka Taqwa dan Taubat adalah Ubatnya

Jika seluruh Bulan adalah Noda 
Maka Ramadhan adalah Pemutihnya 

Ramadhan semakin menghampiri kita, mengikut congak dan hitung yang telah dilakukan tadi masuk mathematik jap. bermula dari hari ini bermakna 6 hari lagi nak puasa kan? Rasa sekejap sangat masa berlalu.. Tak sabar sangat nak bertemu Ramadhan. Excited. Ramadhan datang dan pergi. Datangnya disambut, Perginya ditangisi. Ramadhan merupakan satu bulan yang KBAT (famous, hot dan sebagainya) *istilah budak hots dimana di dalamnya ada pelbagai kelebihan dan merupakan penghulu kepada semua bulan 
 

Kita adalah golongan yang rugi sekiranya kita pandang bulan Ramadhan hanya sebelah mata. Kita adalah manusia yang paling bodoh sekiranya kita tak guna peluang dan ruang yang Allah bagi ni untuk menambah pahala yang berganda dalam bulan yang mulia ini. Mungkin kali ni Ramadhan terakhir kita? Allah Allah. Bulan yang penuh Tarbiyah, jangan dipersia-siakan seperti ramadhan yang lepas-lepas. Semoga Ramadhan kali ni menjadi titik pertama kearah kebaikan untuk bulan-bulan selepasnya sehingga bertemu Ramadhan pada tahun depan atau kematian. Tingkatkan amal ibadah kita. Dan yang paling penting, jihad melawan syaitooonn laknatullah dan nafsu. Gunakan kesempatan di bulan Ramadhan ni untuk kejar pahala berganda. Anggaplah ini Ramadhan terakhir kita.  

Subhanallah. Cantikkan? Tenang je bila tengok.
Bayangkan macam mana malam LailatulQadr
Okey nak bagi tips-tips ni, Tengok tau *okey semua macam mereput. no respons. Take note. tak perlu pen, kertas bagai. Screenshot je. Tahu semua yang baca ni pakai phone mahal-mahal jeles.
  • Doa agar disampaikan ke bulan Ramadhan.
  • Perbanyakkan amalan sunat.
  • Belajar hukum hakam berpuasa. So kita akan lebih bersedia.
  • Check list amal ibadat kita. Qada' balik yang mana tertinggal or sengaja tinggal dulu-dulu.
  • Banyakkan berzikir
  • Sediakan rohani dan fizikal untuk ditarbiyah oleh Murobbi kita, Ramadhan.
  • Berazam nak isi masa ramadhan dengan perbanyakkan amalan dan taat kepada Allah.
  • Kurangkan bergosip.
  • Hias rumah bagi semangat sikit nak sambut ramadhan.
  • Tukar habit buruk dalam diri kita. tak mampu nak tukar semua satu pon jadi lah. 
Okey. Dha screenshot? kalau tak boleh screenshot pon usaha ambil kertas dan pen. ambil sikit note.
Ok tiada sahutan. Krik Krik Krik Krik Krik. Ok maaf, lupa pulak ana tengah berdialog dengan blog. Memang dia tak jawab -,- -,- -,- 


okey see this first sebelum tekan [X] 


-Salam Ramadhan dari ana-

Wednesday 10 June 2015

Da'ie

Weh weh. Dai'e tu apa? Mad'u tu benda alah apa woi?
k k jap laa. nak terangkan lah ni. alahai -_-

Dai'e : pendakwah
Mad'u : orang yang didakwahkan

Antara sedar or tak, kita ni tergolong dalam golongan dai'e.
Dan untuk menjadi dai'e, kita perlukan perkara yang sangat penting : ILMU


Hadis penuhnya adalah :

"Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong keatasku dengan sengaja dia mengambil tempatnya di neraka"

(Riwayat Bukhari) 

Kata seorang kak usrah ana, Kak Maishah 

"Sebagai seorang Dai'e, kita perlu menjadi contoh kepada mad'u kita. Atas alasan itulah dai'e mestilah menyembunyikan kelemahan diri dan membuangnya jauh jauh jauh jauh (nmpak tak jauhnya) Dai'e juga haruslah istiqamah dalam apa jua perkara yang dilakukan"

Kemudian ana ada bertanya kepada Kak Maishah

"Kak Mai, macam mana kalau seseorang tu, dia bukanlah baik sangat tapi nak jadi dai'e jugak?"

Kak Mai kata :

"Itu enti kena tanya diri enti sendiri"

Dai'e ni kita boleh gambarkan macam seorang jurujual yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Tapi persoalan yang paling penting sekarang, adakah seseorang itu perlu jadi baik macam malaikat untuk jadi dai'e? Dahi kena hitam. Jubah putih tak boleh ada kaler lain. Pakai tudung labuh macam khemah bergerak baru boleh jadi seorang dai'e? Atau adakah seorang itu kena pakai serban, purdah dan niqab ala-ala ninja turtle baru layak dikategorikan sebagai dai'e?

ceeh. Abaikan semua ni.

makcik yang jual keropok lekor, pisang goreng tepi jalan pon boleh what jadi dai'e. Apek jual ikan pon boleh jadi dai'e. Rider tegar Superbike Motor apa-apa jelah pon boleh jadi dai'e. Kaki lepak pon boleh jadi dai'e. Eh, semua orang boleh jadi dai'e!! Ya semua orang boleh jadi dai'e

Okey, tarik nafas dulu.. penat menaip. tak pa Allah kira sebagai pahala *ayat seorang dai'e (Y) pinjam ayat tak nak beli. haha. 

Okey sebelum diteruskan ke peringkat seterusnya, Sila jawab soalan dibawah :

"Siapakah yang paling ayu, manis?"

A. Aimi Majidah Binti Mohd Shukri
B. Rogaya Minah Binti Sameon Abu
C. Aimi Majidah Binti Mohd Shukri 

Jadi apa jawapan hampa? Soalan KBAT nih

Okey jap nak bagi CLUE. Jawapan yang paling salah adalah B. Jadi jawapan yang betul tu hampa pandai-pandailah fikir. 

*****
KONKLUSINYA, semua orang boleh jadi dai'e. Sebab memang semua orang boleh jadi dai'e. Tapi kenapa kita ni sebagai mamalia yang mempunyai dua lubang hidung ini menolak tanggungjawab untuk menjadi dai'e atau mungkin bahasa super skema dan sasteranya adalah mengajak orang kearah kebaikan? 

Haa. Kenapa?

Jangan tanya ana. Hampa tanya diri hampa sendiri. Semoga kita menjadi seorang dai'e yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah. Ameen Ya Rabb. Sekian dari Ana. Salah silap mohon diampuni. Moga kita ketemu jodoh pada masa akan datang okey melalut..