Wednesday 10 June 2015

Da'ie

Weh weh. Dai'e tu apa? Mad'u tu benda alah apa woi?
k k jap laa. nak terangkan lah ni. alahai -_-

Dai'e : pendakwah
Mad'u : orang yang didakwahkan

Antara sedar or tak, kita ni tergolong dalam golongan dai'e.
Dan untuk menjadi dai'e, kita perlukan perkara yang sangat penting : ILMU


Hadis penuhnya adalah :

"Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong keatasku dengan sengaja dia mengambil tempatnya di neraka"

(Riwayat Bukhari) 

Kata seorang kak usrah ana, Kak Maishah 

"Sebagai seorang Dai'e, kita perlu menjadi contoh kepada mad'u kita. Atas alasan itulah dai'e mestilah menyembunyikan kelemahan diri dan membuangnya jauh jauh jauh jauh (nmpak tak jauhnya) Dai'e juga haruslah istiqamah dalam apa jua perkara yang dilakukan"

Kemudian ana ada bertanya kepada Kak Maishah

"Kak Mai, macam mana kalau seseorang tu, dia bukanlah baik sangat tapi nak jadi dai'e jugak?"

Kak Mai kata :

"Itu enti kena tanya diri enti sendiri"

Dai'e ni kita boleh gambarkan macam seorang jurujual yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Tapi persoalan yang paling penting sekarang, adakah seseorang itu perlu jadi baik macam malaikat untuk jadi dai'e? Dahi kena hitam. Jubah putih tak boleh ada kaler lain. Pakai tudung labuh macam khemah bergerak baru boleh jadi seorang dai'e? Atau adakah seorang itu kena pakai serban, purdah dan niqab ala-ala ninja turtle baru layak dikategorikan sebagai dai'e?

ceeh. Abaikan semua ni.

makcik yang jual keropok lekor, pisang goreng tepi jalan pon boleh what jadi dai'e. Apek jual ikan pon boleh jadi dai'e. Rider tegar Superbike Motor apa-apa jelah pon boleh jadi dai'e. Kaki lepak pon boleh jadi dai'e. Eh, semua orang boleh jadi dai'e!! Ya semua orang boleh jadi dai'e

Okey, tarik nafas dulu.. penat menaip. tak pa Allah kira sebagai pahala *ayat seorang dai'e (Y) pinjam ayat tak nak beli. haha. 

Okey sebelum diteruskan ke peringkat seterusnya, Sila jawab soalan dibawah :

"Siapakah yang paling ayu, manis?"

A. Aimi Majidah Binti Mohd Shukri
B. Rogaya Minah Binti Sameon Abu
C. Aimi Majidah Binti Mohd Shukri 

Jadi apa jawapan hampa? Soalan KBAT nih

Okey jap nak bagi CLUE. Jawapan yang paling salah adalah B. Jadi jawapan yang betul tu hampa pandai-pandailah fikir. 

*****
KONKLUSINYA, semua orang boleh jadi dai'e. Sebab memang semua orang boleh jadi dai'e. Tapi kenapa kita ni sebagai mamalia yang mempunyai dua lubang hidung ini menolak tanggungjawab untuk menjadi dai'e atau mungkin bahasa super skema dan sasteranya adalah mengajak orang kearah kebaikan? 

Haa. Kenapa?

Jangan tanya ana. Hampa tanya diri hampa sendiri. Semoga kita menjadi seorang dai'e yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah. Ameen Ya Rabb. Sekian dari Ana. Salah silap mohon diampuni. Moga kita ketemu jodoh pada masa akan datang okey melalut..



No comments:

Post a Comment