Saturday 17 January 2015

Cecita Kita : Kem Minda Kreatif

Assalamualaikum Salam Ahad :)

Apabila bosan dirumah so banyaklha cerita yang nak diceritakan XD
Almaklum laa , Pelajar puteri Ibrah semua ada dekat asrama sekarang , aku ni pelajar istimewa . Aceeywah .

Alhamdulillah lebih kurang sebulan yang lalu , Allah hadirkan aku dekat satu kem yang dinamakan Kem Minda Kreatif (KMK) . Alhamdulillah banyak input-input baik yang aku dapat disana . Dapat jugak mengisi masa lapang time cuti yang tak tahu nak buat gapo . 

KMK ! Huh ! Hah !!
KMK ! Huh ! Hah !!
KMK ! Huh ! Hah !!

Bergegar satu Pulau Pinang apabila kami melaungkan nya . aceceh 

Terdapat bermacam-macam aktiviti yang rata-rata semuanya menarik . Nak tahu tak apa yang menariknya? meh sini cek nak gitau . Kayak , Explorace , LDK (Latihan Dalam Kumpulan) , Kuliah Maghrib and the other . Yang paling the best and best best best dan yang paling syiokk semestinya KAYAK . Alhamdulillah berpeluang menaiki kayak buat kali ke-3 . Pertama sekali naik kayak dekat tasik time darjah 5 . Kali kedua time form 2. Tempat yang sama aku naik kayak iaitu di teluk kumbar. Time tu KMK Penang buat dekat situ jugak . And time tu lha yang paling best sebab peserta tak ramai . So gabungkan putera puteri (ni x best) and kitorang kayak 4 jam . 4 jam weyhh . 4 jam . dari tempat kitorang duduk tu , kitorang pergi ke pulau seberang . Kitorang dengar taskirah dekat pulau sana . Ada kan water confiden dekat sana . Tapi muka tangan memang burn gilaa tak tau nak gtau la time tu . Okey kalau nak cita pasal form 2 tu memang banyak la kan? . Ok Fine Stopp . Okey kali ketiga time form 4 . Best jugak tapi sejam centu ja . sebab lepas tu pelajar putera pulak nak naik . Aku pasangan dengan Izzati Hana time kayak tu . Kami la orang first yg sampai dekat Pakcik2 yang berhenti ditengah laut . Kami berdua la yang paling laju . Peserta lain semua jauh dekat belakang . And kami dua laa yang paling akhir naik ke darat . HOOHOHO . Kami kayuk pelan jee . Ada time kami biar air yang bawak . Time tu sempat lagi la sembang dengan Pakcik kayak tu . 

Dia says "hampa ni macam tak mau naik darat jaa"
"nak pi mana tu? nnti terpi thailand pulak kot"
"nanti mai lain . kayuh cepat nnti kesian dekat budak laki lambat naik kayak"
"satgi mai mintak nombor telepon pakcik, nnti naik lain"
"hampa call pakcik, pakcik bagi free ja , kita pi 3 hari 2 malam"
"mai ja bila2 pon, tapi call dulu la"

Kami sempat terokai alam . kami tengok ketam dekat laut , kami lalu bawah jambatan , kami babai budak-budak dekat situ , memag x leh lupa lhaa . Nanti nak ajak zauj kayak sama-sama laa , baru sweet :3 . Agak2 bakal zauj aku suka kayak tak? ok dha melalut .

Then , LDK yang memuhasabahkan diri ni ialah LDK yang berjudul (bertajuk) "Siapa Musuh Kita".
Kakak-kakak fesi banyak membantu kami memahami siapa itu musuh kita yang sebenar . Musuh kita bukan sahaja syaitan , tetapiii ............. jahiliyyah juga . Berbagai contoh dan pendapat yang diberikan oleh peserta dan akak-akak fesi. Kami diminta melukis apa yang kami rasa benda tu sebagai musuh kami di dalam kertas yang diberi , Penuh kertas tu lukisan2 kami semua . And dekat situ juga laa aku tahu bakat terpendam aku masa melukis XD . And betapa banyaknya musuh aku gadget sebagai contohnya :'( Allahu . Then kami diminta menerangkan kenapa kami kata yang kami lukis tu musuh . Dimulai dengan form 4 2014 . Desebabkan kami yang paling mudaa masa tu :) . Semua yang kami  lukis itulah jahiliyyah yang merosakkan pemikiran kita sekarang . Muhasabah balik :'(

Lastly , rasa sayang , sedih semua ada masa nak tinggalkan kek minda kreatif :( . Rindu tarbiyah , rindu biah solehah , rindu suasana disana and rindu semua la yang ada dekat sana . Cuba korang bayangkan bila korang cuba untuk berjauhan dengan islam korang akan rasa kosong , hilang ..
Macam tu la rasanya nak tinggalkan KMK yang penuh dengan tarbiyah dan biah solehahnya . Bak kata seorang pelajar putera ni "kalau boleh KMK kena buat 40 hari 39 malam . Tapi yuran sama macam 3 hari 2 malam . hehehe . boleh ke centu? Best sangatt . Setiap tahun tak pernah miss join KMK . 

Untuk melahirkan Remaja Rabbani Impian Syurga , Kita perlu mulakan dari sekarang ! Sekarang ! Mulakan dengan diri sendiri dulu .

And noww watch this video . Hope enjoyed :D


Kem Minda Kreatif Pulau Pinang dalam kenangan . JDK tungggu Batch 98 datang .


No comments:

Post a Comment