Friday, 28 November 2014

Jangan menilai seseorang berdasarkan aliran yang diambil ...


Rezeki, kekayaan semua datang daripada Allah. bukannya dari aliran apa yang kita ambil/belajar atau dari pensyarah atau dari company-company atau dari sesiapa saja. Apa yang kita tak tahu, tak sedar atau tak nampak orang yang tak habis belajar ada yang lebih berjaya dan lebih kaya daripada orang yang ada ijazah yang bergulung-gulung gulung hatta yang ada PHD sekali pun. Allah akan bagi kepada sesiapa sahaja hambaNya yang dikehendakiNya.


# So jangan kita sesuka hati memandang rendah dan tak perlu susah-susah nak jadi ahli nujum meramal masa depan orang lain.

Tuesday, 28 October 2014

Muhasabah diri

Post ini khas kepada diriku sendiri. 

Yang membaca post ini, bacalah untuk diri sendiri.

Aku kata aku pejuang agama.
Aku kata aku bermujahadah untuk agama.
Aku kata aku sanggup berkorban harta untuk agama.
Aku kata aku sanggup hilang nyawa untuk agama.
Aku kata aku sanggup sakit untuk agama.
Aku kata aku sanggup hilang segalanya demi agama.

Ye lah kau! Apa aku dah buat untuk agama?!

Kau pejuang agama, heh! Tipu je. Apa yang kau juangkan untuk agama? Haa. Cakap la!

Kau kata sanggup bermujahadah?
Apa mujahadah kau?
Sanggup hilang harta dan nyawa?
Nampak sangat tipu!

Kau dah cukup mujahadah ke?
Kau, setitik darah pun tak pernah jatuh demi agama! Tu kau kata mujahadah?
Kena ludah sebab dakwah pun tak pernah! Tu mujahadah?
Dibaling batu lagilah tak pernah! Kau kata dah cukup mujahadah?

Hey apa ni! Fakhrul! Kau buat dakwah tak ni? Apa perjuangan kau kau untuk agama ni?

Bising je cakap aku pejuang agama! Aku pejuang agama! Subuh pun tak bangun! Apa ni?! Ni yang kau kata pejuang agama?!

Kau sanggup hilang harta?! Heh. Ngaku je la, kau tak pernah sanggup berkorban. Kau pernah korbankan RM100 untuk agama? 100 je kot. Tu pun tak pernah! Macaman kau cakap kau sanggup hilang harta?!

Kau sanggup sakit?
Eleh, kena gigit semut pun dah merungut! Mengadu kat orang. Kena gigit semut tak berdarah lagi. Tu kau cakap sanggup sakit? Ni kan pulak nak hilang nyawa! Sakit pun dah merungut, ni kan pulak nak mati. Confirm kau takut!

Hey kau! Cakap kat hati kau!

Rasulullah sanggup berdarah nak sebarkan agama. Rasulullah sanggup habiskan tenaga nak sebarkan agama. Rasulullah sanggup dibaling batu! Rasulullah sanggup diletakkan tanah atas kepala. Sanggup dibaling najis! Sanggup dipanggil orang gila! Sanggup dipulau orang. Sanggup dicaci! Rasulullah bukan sekadar sanggup, tapi Rasulullah hadapi semua tu!

Kau cakap je sanggup. Hakikatnya kau tak sanggup! Kau tak pernah pun kena ludah! Kau tak pernah pun kena baling batu! Kau tak pernah pun dipulau! Kau tak pernah pun dipanggil orang gila! Tu kau dah cakap kau dah berkorban demi agama? Kau dah cakap kau bermujahadah? Bila masa kau mujahadah! Cakap sikit! Jangan tipu diri!

Fakhrul, bangkitkan hatimu. Bangkitkan hati orang lain. Bangun! Bangun! Walaupun kau belum jadi pejuang agama tu, walaupun belum mujahadah. Tingkatkan azam! Bangun! Kau perlu mujahadah! Kau perlu berkorban!

Jangan buang masa!
Bangkit!
Agama tak perlukan kau pun.
Kau perlukan agama!
Sebab tu kau perlu sebarkan agama sebab orang lain perlukan agama juga!

Jangan jadi malas! Bangun! Bangun!

Jadi pemuda penegak Agama!

Jadi Syabab Penegak Islam!

Jadilah pejuang agama sebenar!

Bangkit! Bangkit!

T-T



P/S : Terasa nak kongsi kisah ni. Rasa tersentuh bila baca satu page syabab penegak islam :')

Saturday, 25 October 2014

Imam Malik

Imam Malik Rahimahullah setiap hari dapat bermimpi bertemu Rasulullah SAW. SETIAP HARI!!

Kenapa???

Kerana Imam Malik amat mencintai Rasulullah SAW. Lihat sajalah, apabila ingin bicarakan tentang hadis, Imam Malik sanggup balik, mandi, bersugi, berwudhuk, pakai pakaian baru, pakai minyak wangi hanya untuk bicara tentang hadis. Sunnah Nabi, tak tau la banyak mana yang diamalkan.

Kita???

Apabila ingin bicara tentang hadis. Dengan badan berbau, baju kotor. Tengah dengar hadis, boleh main-main, main handphone, sembang dengan kawan, tidur!! Tak dak rasa apa2pun dengar kata-kata Rasulullah. Sunnah? Berapa kerat ja yang mampu.

Lepas tu, sibuk mengharap nak jumpa dengan Rasulullah dalam mimpi?? Nak ka Rasulullah datang? Kecintaan kita dekat Rasulullah pun tak da!

Saya lah salah seorang tu! Mengharap dapat jumpa Rasulullah, Sunnah pon tak banyak amal! T-T

Thursday, 7 August 2014

Sakit Mata (T_T)

Entry kali ni pasal satu penyakit, yang saya pasti most of us pernah kena. Orang yang first kena dekat asrama ialah Fatin Nurdayana (Form 1) . Kemudian merebak pula kepada Khairun Nisa'a (Form 1). Kesian tengok dia, dengan mata merah sebelah. Kemudian makin merebak dekat orang lain pulak . Termasuklah saya.
Dah la dengan tak berapa nak boleh nafas pagi tuh. Dengan mata bengkak sebab Alergik lagi. Pastu lepas balik klinik rasa tak sedap badan pulak (pening). Pastu dengan batuknya pulak.
Pastu tambah pulak dengan sakit mata.
Tak pa. Sakit tu satu Rahmat daripada Allah SWT. Sebab :
  • Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang lampau
  • Allah nak kita sentiasa ingat kepada kematian
  • Allah nak kita perlahankan urusan duniadan berfikir tentang tujuan kita dicipta
  • Allah nak kita buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan dekat kita (cari ubat )


Petang semalam dekat kelas, lepas bangun dari tidur tengok mata sebelah kiri bengkak (sikit je la). Dalam hati "Ni mesti terkena jangkitan virus dari Nisa'a nih". Sebab semalam sebelum kejadian dia tidur sebelah saya. Harini pon masih bengkak lagi dan makin teruk,
Dah la dengan gatalnya, sentiasa berair pulak tuh. Sungguh dan amat tidak selesa.

Paling tak suka kalau sakit matasebab dia akan melarat. Lepastu bengkak teruk. Time nak solat paling paling paling terseksa, bila sujud rasa macam nak tercabut biji mata. Bila bangun tidur pulak punya la susah nak bukak mata nih (T_T) . sakit yang TERamat.

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan dah datang (:

Ramadhan .. What that??? Bulan Ramadhan la . Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah puasa . Asal bulan Ramadhan ja kebanyakan orang mesti suka sebab apa?? sebab boleh shopping utk raya la . cuci mata la katakan . Tapi , perasan tak hanya segelintir yang buat persiapan untuk ramadhan .


Nak tau satu benda tak? Ramadhan is much much much much better than Raya . Sebab apa? Sebab ...... Ramadhan bulan yang paaaaling istimewa compared to other bulan sebab :

  • ada malam lailatul qadar.
  • bulan turunnya al-quran.
  • pintu maghrifah dari allah sentiasa terbuka.
  • boleh uji kekuatan nafsu kita . Adakah selama ni kita berat nak buat benda-benda baik sebab hasutan syaitan or sebab diri kita sendiri.
  • pesta ibadah bukan pesta juadah . pahala yang allah bagi mencurah-curah.

Lets have a look on our checklist during Ramadhan.


  • Qiammulail
  • tadarus @ tilawah @ tadabbur al-quran
  • perbanyakkan sedekah
  • solat terawih di masjid @ surau
  • zikir
  • muhasabah diri

Tips Ramadhan agar tak sia-sia puasa kita ^^

  1. Uruskan masa
  • gariskan target Ramadhan kita kali nih 
         *Bila @ berapa kali nak khatam
         *Berapa banyak sedekah nak buat
         *Dan sebagainya

  • elakkan buat benda yang lagha dan sia-sia . Perbanyakkan aktiviti yang bermanfaat yang menambahkan pahala kita.
  • Kurangkan tidoq atau shopping . 
  • Bersederhana dalam berbuka.
  • Manfaatkan waktu untuk Al-Quran dan Zikrullah.
    2. Kawal belanja kita.
  • Tamankan azam utk kurangkn belanja dan banyakkan bersedekah.
  • Hadkan juadah berbuka dan sahur . Makan ala-ala kadar ja.
  • Elakkan membazir.
    3. Tingkatkan ilmu , rohani dan amal
  • Beramal dengan kefahaman
  • Perbanyakkan amalan-amalan sunat
  • banyakkan sedekah dan beristigfar
  • Perbanyakkan doa sebab doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka mustajab
    4. Erat silaturrahim
  • Antara suami isteri dan sanak saudara serta jiran tertangga
  • Bertukar juadah
  • Jamu orang berbuka *terutama pada singles
  • Ingati saudara-saudara kita yang tertindas dengan mendoakan mereka selalu.
  • Banyak bersedekah

Hopeful this Ramadan is better than before . Anyway , buat mereka yang kaki rokok . Jadikan bulan ramadhan ni sebagai bulan utk kita hampa hampa hampa mulakan life baru tanpa rokok . Kami dan semua orang tak suka dengan bau rokokk . BUSUKKK !! And last but not least . Semoga kita semua bertemu dengan malam Lailatul Qadr . Selamat Berpuasa ^^ . Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita berpuasa dipermudahkan jua oleh allah untuk kita . Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari allah jua .




Target ramadhan kali ni : moga dapat khatam 30 juzuk al-quran + dapat qiam setiap malam ..

Saturday, 21 June 2014

Jauhi Zina (:

Perhubungan sebelum Kahwin (tunang) memang perlu dijaga . Kalau kita bercinta sebelum kahwin , bila dah kahwin , kebahagiaan , kemanisan dan keberkatan dalam perkahwinan itu akan jadi Hambar dan hilang . Really !!! Cinta after nikah adalah terbaik dan bahagia . Percayalah !. Couple tu tak haram kalau kita halalkan dngn perkahwinan (Y) . Saya bagitau ni sebab saya sayang sangat sahabat2 saya . Kalau boleh kita masuk syurga sama-sama (: Tak nak ada yang masuk neraka disebabkan maksiat-maksiat ni  ): Jauhi Zina!! Dekati yang Halal . Kan indah bila kita buat apa yang allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang . Insyaallah pasti hidup bahagia .(: Bila kita sabar atas sesuatu yang sulit / susah , Allah pasti akan hadirkan kebahagiaan kepada kita . Tak dapat dinafikan , memang seronok bila bercinta . Tapi ........ adakah cinta kita terhadap sang pencipta kita benar-benar erat dan benar-benar berhubung?? Kalau cinta kita dekat allah masih lemah , bagaimana kita nak mencintai hambaNya dengan baik?? Fikir-fikirkan lah :D Sokong sangat-sangat siapa yang couple lepas kahwin . Islam itu indah , Islam itu cantik (: 


Sunday, 15 June 2014

Asramaku Tercinta

AIMI kembali lagi . Rindu tak? Kalau tak rindu , pergi dekat atas bhgian kanan warna merah [X]. Boleh tekann. Sekian . Ahh .. Apa yang aku merepek nihh . Hehe . Okey . STOP . Sambung cerita . Sebenarnya aku nak post pasal satu tempat dimana bermulanya UKHWAH batch 98 . Satu tempat yang unik . Satu tempat yang kadang2 macam HEAVEN . Dan kadang2 macam HELL . Hampa tau tak benda apa? Tau takkkk ?? *EMOSI . Hehe.

***********
Hampa tau belakang ni apa? (yang depan tu hampa abaikan ja la sebab ni ja gmbr asrama yg aku ada)
Ni adalah ASPURI Sekolah Menengah Agama Ibrah. Nampak macam buruk je kan? Walaupon nmpak buruk tapi tempat nih cantik dan sangt istimewa buat aku . SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT istimewa lahh . Tak boleh nak cakap macam mana istimewanya kalau hampa tak pernah tinggal kat sini . Tak pernah jumpa penghuni2 nihh .

So, hampa hampa mesti dah dapat tangkapkan apa yang aku nak cerita nihh . HEHE . Yang tdi tuh baru MUKADDIMAH . Haha . Aku nak cita pasal kehidupan kat asrama.

Hidup kat Asrama nih sangat SERONOK . Tak seburuk yang hampa sangka . Sangat OHSEMM dikelilingi kawan2 yang setia . Yang comel2 . Yang pelik-pelik pon ada . Haha . Tanpa semua ciri-ciri tuhh pasti kat asrama tu BOSAN sangat . Takkanllah semua orang nak baik je kan . Mestilah tak variasi . Kat asrama nih kita hidup secara BERJEMAAH . Aspuri bagaikan Keluarga yang besar . Sangat besar . SERONOK . Kalau sorang GEMBIRA , semua GEMBIRA . Kalau sorang SEDIH , semua SEDIH . Haha . Kalau sorang GILA , semua GILA . Dekat asrama semua benda buat sama-sama . TIDUR sama-sama , MANDI sama-sama , MAKAN sama-sama , SOLAT sama-sama , kena DENDA sama-sama . Bak kata omputihhh , TOGETHER FOREVER lahh . 

Hampa-hampa dah baca pendapat aku yang agak berjela-jela tuh . Kalau still tak caya dok asrama tu BEST . Sini aku bagi OPINION kawan-kawan aku untuk jadi backup story aku pulakkk . Baca kusyuk-kusyuk tauu . Jangan sampai terlepas wlaupon satu perkataan . Ingat tuhh .

*ALIEN 

Ehem ehem ehem . Pada pendapat saya .... (cewah) aku rasa memang best giler dok asrama weh . OHSEM ! sebab ...
1) Ramai kawan
2) Blajar berdikari
3) Tak bosan
4) Banyak pengalaman pahit , manis , tawar , masam bla3

Speechless la pulak . apa2pon ASPURI  SMAI is the BEST yo ! (terutamanya f4)

*ARNAB
Duduk asrama nih ana rasa kenangan terindah dalam hidup ana . Kat sinilah ana belajar erti hidup , belajar berkawan , belajar bersyukur dengan asrama yang Dhaif . Semua benda ana belajar kat sini .

*HAMBA ALLAH
Bagi aku hidup kat asrama macam playground (: Yelaa . Kite pergi taman mesti ada gelak-gelak , pukul-pukul , gurau-gurau kan? Tapi kadang2 pegi playground pon kite nangis . Sbb ada yang buat kite nangis . Macam tu la hidup kat asrama . Banyak sweet moment yang kita cipta :') Asrama menjadikan kita matang! (wlaupon x matang) 

*MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Asrama ?? SMAI ?? SERONOK ?? Haha .. Ada senior aku cakap 
*Dulu F1 : Yeayhhh ! Sekolah baru , kawan baru 
*Skarang F4 : Aishhh !! Bila la nak habis skolah ?? bosan lahh
*Akan datang : Hmm rindunya kat kawan-kawan .. Makan sama-sama , tidor sama-sama .
So nak percaya ke tak nak? kita nantikan .

Hampa- hampa sekalian penat baca ka?? Aku pon PENAT TAIP tauu . Sebenarnya banyak lagi . Kalau boleh nak tulis satu kelas . Tpi aku penat nak taip . Sebenarnya saja buat entri nih sebab nak buktikan dkat budak luar , ASRAMA adalah tempat yang paling BEST hampa duduk time bila mana hmpa cari IDENTITI diri. 

Tahun 2015 bakal menjadi tahun yang terakhir kami generasi yang ke-2 (Second generation of Ibrah - SGI) bergelar pelajar dibumi IBRAH yang tercinta ini . Dan semestinya aku dan kawan-kawan ingin menjadikan tahun terakhir kami sebagai tahun yang TERBAIK dan TERHEBAT sepanjang kami memegang title sebagai pelajar sekolah menengah 


Terima kasih atas segala memori . Hampa the BEST . No more istilah " budak baru",  "budak lama" okayyy?

time lepas habih buat menara yg tertinggi (TAMRIN)
Time ni nak gi Keyyel ( wlaupon time ni aku dah pindah , dngn muka tak malunya aku join skali)
with ustaz faisol , fatin , ghu-peah , firah wa mael a.k.a mahirah
kak mayah , tireks a.k.a atiroh fadzil wa meah a.k.a humairah :)






Thursday, 5 June 2014

Sahabat yang teristimewa (:

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.
Akan sunyi hidup ni kalau takdak sahabat sejati ;) Bertambah sunyi kalau hidup ni takdak sahabat sejati yang dok teman. Dalam dok happy-happy mesti ada memori sedih, happy-happy gituuu. Mesti ada kenangan kita dengan dia yang digelar sahabat.


sebelum tu jom tengok video ni dulu :


https://www.facebook.com/video.php?v=723362014398091

Rindu time nih :)


Namun kadang-kadang kita akan terus secret2 pasal perasaan dia demi persahabatan yang dicintai. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan dibaikpulih dengan segera. Itulah sahabat sejati :)

Dear sahabat, untuk berkata2 dalam satu hal, aku akan memikirkan 1 dalam 1000 ayat, agar kata-kataku tidak membuatmu sakit. Namun apa yang aku dapat :o hanya sebaliknya :) 

"Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah dan insya-Allah bertemu pula nanti di syurga yang indah."




'Sahabat sejati'. Bukankah indah gitu? Tapi dengan sedikit sindiran, dengan sedikit kata-kata pedas, dengan sedikit ??? macam-macam la. Kita seperti terasing :( ehh? Salahkah kalau perempuan dengan perempuan nak jalan sekali? Salahkah kalau perempuan dengan perempuan nak otp :o ? Salahkan kalau perempuan dengan perempuan nak suap- mengsuapi? SALAHKAH? "Salahkah ku mencintaimu kerana allah? Manusia sekarang pikiaq selalu kot lain. Positif la sayang :). Ukhwah yang dibina kerana Allah tu indah :) .

.."Alangkah indahnya Ukhwah apabila segala-galanya kerana Allah"..

Ukhwahfillah abadan abada.. Kerana ilmu kita bertemu, kerana PERKENALAN ukhwah terjalin, kerana CITA2 perpisahan terjadi dan kerana satu ikatan LILLAH ia akan berkekalan dan diredhai (: Demi persahabatan, mohon lupakan kata-kata orang lain. (:

ATIROH - walaupon masa first2 masuk ibrah dulu kami tak rapat, and ada sikit rasa tak suka dekat dia. Perancangan allah kan. bila dah pindah , terdetik rasa rindu dekat dia, sayang dia rasa macam2 la. dia selalu cerita masalah dia , aku pon selalu cerita masalah aku dekat dia. tapi kami bercerita dekat alam maya je la, kami skype.. chat.. panjang lagi kalau nk cite pasal dia nih ^_^
Kami 3 orang sahabat till jannah insya-Allah (Humairah , Aimi wa Mawaddah) . Walaupon bermacam2 masalah melanda . Kami tetap bersama (: Walaupon addah duduk jauh di nun jordan sana . Tapi ukhwah kami still macam sebelum2nya . Insyaallah lepas habis ja last paper SPM , kmi akn terus fly sama2 ke Jordan or Mesir . Insya-Allah . Doakan kami :)




Wednesday, 4 June 2014

30 Orang Pertama Dalam Islam :)

  • 1. Orang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
  • 2. Orang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
  • 3. Orang pertama Berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  • 4. Orang pertama yang diberikan pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim AS
  • 5. Orang pertama dipanggil allah pada hari kiamat : Nabi Adam AS
  • 6. Orang pertama dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad SAW
  • 7. Orang pertama mengerjakan saie antara safa dan marwah : Sayyidatina Hajar
  • 8. Orang pertama menjadi khalifah islam : Abu Bakar As-Siddiq RA
  • 9. Orang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar Al-Khattab
  • 10. Orang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam islam : Al-Hassan bin Ali RA
  • 11. Orang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA
  • 12. Orang pertama mati syahid dalam islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  • 13. Orang pertama mati syahid dalam islam dari kalangan wanita : Sumayyah bin Khattab
  • 14. Orang pertama menulis hadis di dalam kitab lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  • 15. Orang Pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas 
  • 16. Orang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabbah
  • 17. Orang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Thalib
  • 18. Orang pertama membuat mimbar masjid nabi SAW : Tamim Ad-Dary
  • 19. Orang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  • 20. Orang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  • 21. Orang pertama beriman dengan Nabi Muhammad SAW : Khadijah binti Khuwailid
  • 22. Orang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH
  • 23. Orang pertama membina penjara dalam islam : Ali bin Abi Thalib
  • 24. Orang pertama menjadi raja dalam islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  • 25. Orang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  • 26. Orang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  • 27. Orang pertama menghafaz al-quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Thalib
  • 28. Orang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur
  • 29. Orang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair 
  • 30. Orang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW 

Sunday, 1 June 2014

Nafsu menyerang sesiapa sahaja

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya gadis bertudung labuh, muka saya putih pucat, bibir saya kelihatan suram, saya memakai kaca mata, saya tidak memakai make-up, bagi saya cantik itu tidak penting, yang penting kelihatan cantik depan Allah, Tuhan kita

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya seorang pendiam, kurang cakap sebab dituntut dalam agama. Berfikir tentang kebesarannya. Waktu-waktu lapang saya habiskan dengan membaca al-quran, smartphone ditangan bila perlu sahaja, saya suka berkebun dan tanam bunga.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya jarang tengok cermin sebab bila saya tengok cermin, awak cantik, awak cerah, awak paling cantik, saya tak layan sebab saya tahu ianya bisikan syaitan, saya ignore, saya kekal dengan tuduh labuh hitam saya, saya tidak mengambil gambar saya, saya tidak post gambar saya dalam pesbuk atau media social yang lain, saya tidak harap manis depan manusia tapi manis didepan Allah STW.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya suka menulis post islamik, berdakwah di pesbuk. Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat. Saya tersenyum disamping al-quran dan tasbih ditepi saya. Saya gembira ada kawan sehaluan saya.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya duduk ditepi dewan kuliah, terlihat awak memandang saya, pandangan awak terus ke mata saya, saya tidak selesa dan terus beredar dari situ, saya istighfar kepada Allah. Setiap hari awak pandang saya, saya berasa malu awak pandang saya. Saya tarik hand-sock saya, tutup mulut saya. Saya segan bila awak tenung saya.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya teringat dekat awak, tiada lelaki pernah begitu dengan saya. Saya ternanti-nanti, bila lagi awak nak tenung saya. Kadang-kadang saya tersedar semua ini salah. Allah marahkan saya. Tapi pandangan mata awak mendominasikan saya.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Biasanya saya menghabiskan masa membaca al-quran seperti biasa, berusrah dan membaca hadis, menelefon mak saya. Tapi ..... Suatu malam ada nombor yang tidak dikenali whatsapp saya. Saya tengok gambar dia, saya tersenyum lebar. Awak cakap "Assalamualaikum" saya jawab "Waalaikumussalam".Awak tanya kelas esok start pukul berapa?. Saya jawab kul 10..... Awak kata nak berkawan dengan saya. Saya kata insya-Allah boleh.... Dan berurusan.........................................................

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Tiap malam saya tunggu awak whatsupp saya, saya gembira awak gembira. Masa kosong saya tidak lagi dengan al-quran, kini 24/7 smartphone ditangan saya. Tapi.... dalam tu awak teman saya, kita texting hari-hari . Tul x? saya suka.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya suka awak pandang saya dan awak kata saya senyum manis. Saya tengok cermin dan ermmm betul la apa yang awak kata. Saya tengok cermin dan kata dekat diri saya, "Awak suka muka saya"

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Hari tu saya tak pakai tudung labuh hitam, saya pakai tudung labuh pink. Then awak whatsapp saya dan kata saya cantik dengan tudung pink tu. Saya senyum, awak kata awak suka saya. Saya jugaaa suka awak.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya tukar dp whatsapp saya, dengan gambar saya. Gambar saya tidak memakai tudung labuh tapi memakai tudung bawal. Awak kata saya lebih manis. Saya suka bila awak cakap macam tu. Kawan-kawan saya tau pasal kita, Mereka kata saya dah maju. Malah mereka menggalakkan saya. Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya. Hehe saya suka.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya terkejut bila kawan saya bagi saya coklat. Dia kata dari awak, saya gembira. Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Harini saya pergi kuliah tidak memakai tudung labuh, saya pakai tudung bawal. Saya tidak memakai kaca mata tapi saya memakai contact lens. Seperti yang saya harap, awak kata lebih manis. Saya gembira.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Tiap2 malam kita sembang. Awak bagitau masalah awak, saya bagitau masalah saya. Saya ada awak, awak ada saya. tetapiiiiiiiii tiba2 awak jarang whatsapp saya. Saya whatsapp awak tak balas. Saya sedih.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya dapat tahu awak ada 'kawan' baru untuk whatsapp. Awak tinggalkan saya. Saya rasa macam kena tipu. Tapi macam mana nak marah? kitakan just kawan. Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak. Awak tak pandang saya lagi, tak fikirkan saya lagi. Saya kecewa. Saya pandang cermin, saya buka tudung, saya memakai lipstik merah agar awak pandang saya. Saya pergi dewan kuliah degan berpakaian begitu. Tapi awak tak pandang saya. Awak sibuk dengan si dia.

Terima kasih kerana rosakkan saya,
Saya cari orang lain, saya berlipstik merah. saya cari orang lain untuk cemburukan awak. tapi awak takda respon. Awak tak kisah. Saya tekad. Saya berkepit dengan orang baru saya. Saya senyum dengan lipstik merah saya tapi awak tak kisah. Sebenarnya saya taknak dia, saya nak awak. Saya tekad upload gambar saya bercium dengan orang baru. Tapi awak tidak kisah. Awakkk, saya menangis..... menangis..... Berfikir dua kali. Saya... saya menangis.. Bukan sebab awak tapi sebab saya dah lain. Saya hilang diri saya yang dulu. Saya berdoa agar Allah beri saya hidayah. Saya... Allah help me.
Astaghfirullah

Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja, kita mesti kawal. Jangan termakan pujukan dunia. Mari sama2 berjuang kerana-Nya

Jodoh Itu Rahsia Allah

Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya


Jika takdir allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya
kita tidak akan bersama dengannya
Jika allah jodoh kita dengannya
Kita tetap akan bersama dengan dirinya 


Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar
dan akan bertemu pada saat yang 
tepat menurut ilmunya, Insya-Allah.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah Allah swt.




S.E.M.O.G.A B.E.R.M.A.N.F.A.A.T

BANGUNAN KAIN HITAM

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

"Kenapa orang islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Ohh........ Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

..... "Baitullah tu apa?" .....

"Secara terjemahan mudah, maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah takda dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu..."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa kamu sembah bangunan tu?"

"Saya mengadap saja kearah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah"

"Bukankah kamu sujud kearah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..."

"Kamu pernah tengok perlawanan bola dalam tv?"

"Pernah..... Selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la..."

"Dimana?"

"Di dalam tv la..."

"Cuba bukak tv tu, tengok didalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..."

"Memanglah tak ada, tapi itukan gambarnya ada..."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan dalam tu..."

"So..."

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola... betul tak?

"Tak... saya tengok perlawanan bola la melalui tv tu..."

"Peliknya..."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ya la, kamu cakap tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam tv tu tak ada apa-apa, yang ada hanya wayar ja berselirat..."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola didalamnya..."

"Hurmm... Jadi tak pelik la ni...?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi, tak pelik jugalah saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. Walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..."









Saturday, 31 May 2014

Ramadhan?? Tak sabarnya. Allahumma Ballighnaa Ramadhan

Few more days before Ramadhan InsyaAllah ^_^



Bulan Ramadhan ni bulan yang berganda. Setiap apa yang kita buat akan mendapat balasan berganda. Malah nafsu kita jugak turut berganda walaupon syaitan dirantai oleh allah SWT . Sebab nafsu dah bertapak kat hati dan bermaharajalela.

Bila kita buat kesilapan, kita selalu salahkan syaitan dan iblis sebab menggoda kita. Tapi sebab apa kesalahan yang sama turut berlaku dalam bulan ramadhan? [tak ke pelik]. Adakah rantai yang mengikat kaki syaitan tu terlalu panjang sampai dapat bagi 'petunjuk' dekat kita???

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila datang bulan ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Semoga dengan keberkatan ramadhan yang bakal tiba ni, kita dapat mengilap kembali hati kita yang pudar ni dan melumpuhkan nafsu2 hitam yang yang bertahta kat hati kita selama ni. Oleh itu, inilah masa yang perlu kita guna sebaik mungkin untuk mendidik nafsu kita yang selama ni dikongkong@dikawal oleh syaitan [nauzubillah]. Berpuasa bukan tahan lapar ja, Tapi berpuasa ni berlapar disamping mendidik nafsu dan peribadi kita sebagai manusia. Berpuasa ni jihad yang besar yang wajib dihadapi oleh umat Rasulullah SAW.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid dijalan allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan ramadhan ni anugerah allah sebagai tanda kasih sayang allah dekat hamba2nya. Allah tak kan sia2kan keletihan umatnya hinggakan tidur pada siang hari juga diberikan pahala. Cuba tengok, betapa besarnya kasih sayang Allah dekat kita. So, jom sama2 kita nilai diri kita ^_^. Semoga tahun ni amalan kita makin bertambah dan sempurna pelaksanaannya. InsyaAllah. Jangan kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri semdiri.


Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang mendirikan ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."




COUPLE??

Bukan sesuatu yang asing lagi. Kalau dulu, istilah couple nie just ada dekat sekolah biasa je tapi sekarang dekat mana2 sekolah istilah couple ni dah jadi fenomena. Indahnya hidup bercouple [haaaa?] Sebab saya sendiri berpeluang merasai suasana di sekolah agama dan sekolah biasa.

Mungkin dekat sekolah agama kita sentiasa ditarbiyah oleh ustaz/ustazah melalui program usrah dan lain-lain. Sentiasa ditarbiyah dan ditegur kalau buat kkesilapan. Kan?. Ada naqibah dan ustazah yang sentiasa mentarbiyahkan diri kita.

Dan tak mustahil kalau dah couple tu sampai ada yang boleh duduk sebelah menyebelah. Ambil gambar sama-sama dengan caption "bahagianya hidup dengan si dia. "Wah romantik sungguh.So sweet like candy.

Kalau dulu asyiklah guna alasan ni. "Kitorang couple islamik."
"Kitorang saling saling mengingatkan bla bla bla."

Asyiklah dengar ayat ni. Kadang2 terfikir juga kenapa mesti ada islam kat belakang couple tu. Adakah couple tu no.1 dan islam no.2? Ingat, niat x menghalalkan cara. Semua dah tahu benda ni, betul tak?

It wouldn't be love if sending them straight to hell. It wouldn't be love if trying to make them fail. It wouldn't be love if making them far away from allah.

Saya pernah bertanya pada kawan SMA saya tentang couple nie.

A : Kenapa tengok budak sekolah ...... banyak dah lain?
B : Apa yang lainnya?
A : Dah ramai yang couple sekarang.
B : Because diorang rasa diorang dah layak untuk memiliki dan dimiliki
[ayat kemain :)]

Dimiliki dan memiliki. Kita ada hak untuk memiliki dan dimiliki? Bukan kita semua ni hak cipta terpelihara milik allah ka? Ngee~

Tapi tak semua budak sekolah agama macam nie. Ada ja yang semakin hebat dan terus memperhebatkan diri dengan ilmu seperti ustazah Fatimah Syarha (ex-SMAASZA), Dr.Zaharuddin (ex- SMAP LABU) dan Dr.Zahazan (ex-KISAS) dan ramai lagi. Kalau list out semua jadi panjang gila entri nie.

P/S : Tak kisah la kita belajar dekat mana, sekolah biasa atau sekolah agama. Yang penting kita kenalah jaga maruah diri, ibu bapa dan agama. Saya pon bukan budak yang baik, tapi kita boleh mencuba kearah itu, bukan?. And 1 more thing, kepada ex-ex sekolah agama atau yang masih bersekolah di sekolah agama, awak2 semua kena tahu satu perkara. Awak semua diperhatikan bukan sahaja oleh allah tapi juga masyarakat sebab awak bawa imej islam. :)))

wallahu'alam~


Friday, 30 May 2014

SOLAT

Amal yang diperiksa pertama kali pada Hari Kiamatt adalah solat. Jika sempurna diterimalah ia dan seluruh amalnya. Jika ternyata kurang ditolak ia dan seluruh amalnya .

Rasulullah SAW bersabda:
"Solat wajib itu umpama timbangan. Siapamenyempurnakan akan mendapat balasannya."

Baginda juga bersabda:
"Siapa solat tepat waktunya, menyempurnakan wudhuk, rukuk dan sujud serta kusyuk, naiklah solat itu bagai telur kuning dan berkata, "Semoga allah menjagamu sebagaimana engkau menjagaku," Dan siapa solat tidak tepat pada waktunya, tidak pula menyempurnakan wudhuk, rukuk, sujud dan kusyuknya, naik ia seperti hitam pekat dan berkata, "Semoga Allah mensia-siakannya sepertimana engkau mensia-siakanku, "Lalu Allah membungkusnya seperti membungkus pakaian manusia dan melemparkan ke mukanya.'

Sesetengah ulama' berkata' "Orang solat ibarat pedagang yang tidak untung sebelum menerima modal. Demikianlah pula orang solat. Tidak diterima sunatnya sebelum dia lakukan yang fardhu."Abu Bakar ra berkata, "Jika datang solat, berdirilah ke Neraka Tuhanmu yang kau nyalakan lalu kau padamkan."

Baginda bersabda:
"Jika solat tidak menghalangi kejahatan dan kemungkungkaran seseorang,maka bertambah jauh dia dari Allah. Dan solat orang yang melambat-lambatkannya takkan mencegah kejahatan dan kemungkaran."

Baginda bersabda:
"Betapa banyak orang berdiri solat . Namun yang didapatinya hanyalah kesusahan. Tidak lain adalah orang yang melengah-lengahkannya."