Saturday 31 May 2014

COUPLE??

Bukan sesuatu yang asing lagi. Kalau dulu, istilah couple nie just ada dekat sekolah biasa je tapi sekarang dekat mana2 sekolah istilah couple ni dah jadi fenomena. Indahnya hidup bercouple [haaaa?] Sebab saya sendiri berpeluang merasai suasana di sekolah agama dan sekolah biasa.

Mungkin dekat sekolah agama kita sentiasa ditarbiyah oleh ustaz/ustazah melalui program usrah dan lain-lain. Sentiasa ditarbiyah dan ditegur kalau buat kkesilapan. Kan?. Ada naqibah dan ustazah yang sentiasa mentarbiyahkan diri kita.

Dan tak mustahil kalau dah couple tu sampai ada yang boleh duduk sebelah menyebelah. Ambil gambar sama-sama dengan caption "bahagianya hidup dengan si dia. "Wah romantik sungguh.So sweet like candy.

Kalau dulu asyiklah guna alasan ni. "Kitorang couple islamik."
"Kitorang saling saling mengingatkan bla bla bla."

Asyiklah dengar ayat ni. Kadang2 terfikir juga kenapa mesti ada islam kat belakang couple tu. Adakah couple tu no.1 dan islam no.2? Ingat, niat x menghalalkan cara. Semua dah tahu benda ni, betul tak?

It wouldn't be love if sending them straight to hell. It wouldn't be love if trying to make them fail. It wouldn't be love if making them far away from allah.

Saya pernah bertanya pada kawan SMA saya tentang couple nie.

A : Kenapa tengok budak sekolah ...... banyak dah lain?
B : Apa yang lainnya?
A : Dah ramai yang couple sekarang.
B : Because diorang rasa diorang dah layak untuk memiliki dan dimiliki
[ayat kemain :)]

Dimiliki dan memiliki. Kita ada hak untuk memiliki dan dimiliki? Bukan kita semua ni hak cipta terpelihara milik allah ka? Ngee~

Tapi tak semua budak sekolah agama macam nie. Ada ja yang semakin hebat dan terus memperhebatkan diri dengan ilmu seperti ustazah Fatimah Syarha (ex-SMAASZA), Dr.Zaharuddin (ex- SMAP LABU) dan Dr.Zahazan (ex-KISAS) dan ramai lagi. Kalau list out semua jadi panjang gila entri nie.

P/S : Tak kisah la kita belajar dekat mana, sekolah biasa atau sekolah agama. Yang penting kita kenalah jaga maruah diri, ibu bapa dan agama. Saya pon bukan budak yang baik, tapi kita boleh mencuba kearah itu, bukan?. And 1 more thing, kepada ex-ex sekolah agama atau yang masih bersekolah di sekolah agama, awak2 semua kena tahu satu perkara. Awak semua diperhatikan bukan sahaja oleh allah tapi juga masyarakat sebab awak bawa imej islam. :)))

wallahu'alam~


No comments:

Post a Comment