Tuesday 14 July 2015

#CintaHalal


Sebelum ana memulakan kata-kata terimalah sebuah lagu yang bertajuk #cintahalal .. ehh macam dia pulak nak nyanyi --"


Currently this my favourite song ever #CintaHalal by areef. Liriknya banyak beri nasihat kepada insan-insan yang bernama perempuan, wanita, girls, woman and so on.


Ok now ana nak bedah sedikit lirik lagu #CintaHalal


" Sebaik- baik wanita itu apabila kamu memandangnya hati kamu akan tenang dan gembira. Kamu perintah, dia patuh. Kamu pergi, dia menjaga dirinya."

Point lirik di atas ialah apabila seorang suami melihat wajah isterinya pasti merasai ketenangan dan kegembiraan kerana selagi mana hubungan halal telah tercipta dan medan bahagia sedang terbina, selagi itu keredhaan Allah wujud dalam hubngan itu...

"Kamu perintah dia patuh. Kamu pergi, dia menjaga dirinya."

Seorang wanita yang mukminah dan muslimah ialah seorang wanita yang bilamana suaminya memerintahkan sesuatu (dalam hal-hal yang baik) seperti hendaklah taat kepada Allah dan Rasul serta suaminya, dia tidak membantah malah melakukannya demi mencapai keredhaan Allah. Jua seorang wanita solehah itu bilamana suaminya tidak disampingnya, dia menjaga dirinya. Dia tidak mengambil kesempatan ketika ketiadaan suaminya seperti ketika suaminya di tempat kerja. Si isteri juga perlu menjaga maruahnya serta keperibadiannya dengan sebaik-baiknya demi meraih kecintaan daripada suaminya serta redha Allah.

Nak jadi wanita yang disayangi Allah?
Lakikan apa yang disebut dalam lirik diatas. InsyaAllah :)








No comments:

Post a Comment