Sunday 29 June 2014

Ramadhan dah datang (:

Ramadhan .. What that??? Bulan Ramadhan la . Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah puasa . Asal bulan Ramadhan ja kebanyakan orang mesti suka sebab apa?? sebab boleh shopping utk raya la . cuci mata la katakan . Tapi , perasan tak hanya segelintir yang buat persiapan untuk ramadhan .


Nak tau satu benda tak? Ramadhan is much much much much better than Raya . Sebab apa? Sebab ...... Ramadhan bulan yang paaaaling istimewa compared to other bulan sebab :

  • ada malam lailatul qadar.
  • bulan turunnya al-quran.
  • pintu maghrifah dari allah sentiasa terbuka.
  • boleh uji kekuatan nafsu kita . Adakah selama ni kita berat nak buat benda-benda baik sebab hasutan syaitan or sebab diri kita sendiri.
  • pesta ibadah bukan pesta juadah . pahala yang allah bagi mencurah-curah.

Lets have a look on our checklist during Ramadhan.


  • Qiammulail
  • tadarus @ tilawah @ tadabbur al-quran
  • perbanyakkan sedekah
  • solat terawih di masjid @ surau
  • zikir
  • muhasabah diri

Tips Ramadhan agar tak sia-sia puasa kita ^^

  1. Uruskan masa
  • gariskan target Ramadhan kita kali nih 
         *Bila @ berapa kali nak khatam
         *Berapa banyak sedekah nak buat
         *Dan sebagainya

  • elakkan buat benda yang lagha dan sia-sia . Perbanyakkan aktiviti yang bermanfaat yang menambahkan pahala kita.
  • Kurangkan tidoq atau shopping . 
  • Bersederhana dalam berbuka.
  • Manfaatkan waktu untuk Al-Quran dan Zikrullah.
    2. Kawal belanja kita.
  • Tamankan azam utk kurangkn belanja dan banyakkan bersedekah.
  • Hadkan juadah berbuka dan sahur . Makan ala-ala kadar ja.
  • Elakkan membazir.
    3. Tingkatkan ilmu , rohani dan amal
  • Beramal dengan kefahaman
  • Perbanyakkan amalan-amalan sunat
  • banyakkan sedekah dan beristigfar
  • Perbanyakkan doa sebab doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka mustajab
    4. Erat silaturrahim
  • Antara suami isteri dan sanak saudara serta jiran tertangga
  • Bertukar juadah
  • Jamu orang berbuka *terutama pada singles
  • Ingati saudara-saudara kita yang tertindas dengan mendoakan mereka selalu.
  • Banyak bersedekah

Hopeful this Ramadan is better than before . Anyway , buat mereka yang kaki rokok . Jadikan bulan ramadhan ni sebagai bulan utk kita hampa hampa hampa mulakan life baru tanpa rokok . Kami dan semua orang tak suka dengan bau rokokk . BUSUKKK !! And last but not least . Semoga kita semua bertemu dengan malam Lailatul Qadr . Selamat Berpuasa ^^ . Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita berpuasa dipermudahkan jua oleh allah untuk kita . Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari allah jua .




Target ramadhan kali ni : moga dapat khatam 30 juzuk al-quran + dapat qiam setiap malam ..

No comments:

Post a Comment