Tuesday 9 June 2015

Air Mata Kesedihan

Assalamualaikum :) Apa khabar dengan iman kita? Moga-moga iman kita makin meningkat dari hari ke hari. InsyaAllah.. Topik harini agak spesiyol iaitu Air Mata Kesedihan :').

   Antara perkara yang boleh Allah campakkan dalam hati kita hinggakan kadang-kadang kita tak mampu nak buat apa-apa. Itulah dia kesedihan. Tidak kira siapa pun kita, hebat manapun kita, tinggi manapun darjat kita, besar manapun pengaruh kita, banyak manapun harta kita. Tapi bila mana Allah mahu kita berdukacita maka akan mengalir air mata kesedihan dalam hidup kita. Kadang-kadang Allah mendatangkan masalah kepada semua orang tapi sebahagian masalah tu bagi orang lain adalah masalah yang biasa sebaliknya bagi kita masalah tersebut telah mengundang kesedihan. Bila kesedihan datang kita tercaro-cari dimanakah cahaya kebahagiaan, dimanakah cahaya kegembiraan. Bila peristiwa-peristiwa yang sedih itu datang, kita jadi rungsing, kita jadi taktau nak buat apa hingga kita tertanya-tanya pada diri kita apakah masih wujud jalan penyelesaian. Tersekat kita dalam kesunyian, menangis teresak-esak kita seorang diri dalam kesepian. Seakan-akan kesedihan yang menimpa keatas kita tak dak penghujungnya. Tapi Allah tu kan Maha Adil, Allah itukan Maha Mengetahui sebab Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-hambanya dan setiap apa yang berlaku pasti punya hikmahnya yang tersendiri.


   Rupa-rupanya ramai orang pada hari ini menemui Allah, yang mencari Allah ketika hati dia sedih deep. Tapi tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia gembira sentap lagi :( Allahu. Ya, kita tak disuruh untuk mencari kesedihan tetapi hakikatnya kesedihan berjaya membawa kita berjumpa dengan Allah. Mungkin sebelum ni kita seorang yang sombong. Oleh sebab Allah campakkan kesedihan dalam hati kita menyebabkan kita kembali sedar rupanya sebelum ni kita tak ada apa-apa pun melainkan hanya nilai-nilai kosong. Dan mungkin sebelum ni kita sorang anak yang tak menghargai ibu bapanya.. Oleh sebab Allah datangkan peristiwa-peristiwa yang menyedihkan kedalam hidup kita menyebabkan kita kembali sedar rupa-rupanya ibu bapa itu sangat besar maknanya bagi seorang anak yang ingi masuk ke syurga.

  Mungkin juga sebelum ini kita seorang manusia yang lupa kepada Allah, menjalani detik-detik kehidupan tanpa menunaikan ibadah yang disuruhNya. Segala keputusan yang kita buat tak dak langsung kebergantungan kita kepadaNya dan kita tak rasa bersalah pun bila kita buat dosa hingga kita sanggup persiakan ajakan kebaikan kawan-kawan kita agar kita lakukan perubahan. Tapi dengan kasih sayang dan rahmat Allah, Allah tak lupakan kita, Allah bagi ujian kesedihan kepada kita hingga tanpa kita sedar, kita telah menyebut :

"Ya Allah, kasihanilah aku, ampunilah dosaku, mudahkanlah segala urusan ku...."

   Banyak perkara yang tak mampu bawa kita dekat dengan Allah. Namun kesedihan yang kadang-kadang kita rasa agak menyusahkan tapi berjaya membawa kita dekat dengan Allah. Sebab tu apabila mengalirnya air mata kesedihan, bukan bermakna kita kalah dan bukan bermakna kita tewas boleh jadi ia adalah satu peluang untuk kita bangun jadi manusia yang lebih baik dan mudah-mudahan air mata kesedihan yang tumpah pada hari ini bukanlah air mata yang biasa tetapi air mata yang mampu menolak kita untuk kita menjadi manusia yang luar biasa. Yakinlah, percayalah dan bertaubatlah kepada Allah. InsyaAllah jalan keluar pasti ada untuk kita hambaNya. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment