Friday 26 June 2015

MOMENTO B1

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum,
and good morning,
good afternoon,
good evening,
good night! :) 
Salam sejahtera, moga dirahmati dan diredhai

Ok harini nak cerita pasal Bilik B1 atau nama yang diberi oleh ahli bilik B1 is Momento B1. Sebab apa kami namakan Momento?? Sebab disitulah bermulanya banyak moment suka duka kami. Bergurau senda, berlawak jenaka, melawak kasar, sharing cerita and banyak lagi moment2 pelik yang hari2 kami buat.




M.O.M.E.N.T.O   B.1

Momento B1 terdiri daripada 4 orang ali bilik yang tinggal disatu bilik berwarna biru bersebelahan bilik warden dan bersebelahan bilik B2 dan berhadapa dengan RTB. Nak cerita sorang-sorang punya character. Tapi sebelum tu mohon ketiga-tiga ahli bilik mereput. Jangan baca entry ana ni. Sebab apa mometo B1 tak boleh baca? sebab diorang cute. ehh? tak la sebab nanti ana kena marah dengan diorang. Hoho. 

Mawaddah Sofia binti Misbahalmunir

-takut gelap
-takut hantu
-jangan sesekali usik malam-malam
-cute?
-lembut tapi hakikatnya ganas
-mok mok
-suka warna biru
-suka kasut
-suka ....
-paling pendek dalam bilik
-paling susah nak gerak pagi

cukup la tu pasal dia. Kalau nak cerita character dia saja nanti ana buat entry baru. Ok seterusnya...

Nuril Najwa Binti Ahmad

-pengusik nombor satu
-gangster
-mok mok yang penting
-paling tinggi dalam bilik
-suka perasan depan cermin
-penggerak ahli bilik dipagi hari
-Hobi menyanyi bersama ahli bilik
-suka ......
-mentor ana kalau bab study
-tak makan ikan keli

banyak lagi tapi malas nak type

Izzati Hana Binti Mat Zaki

-suka jadi hantu
-suka kacau ahli bilik malam-malam
-gemar membaca alquran malam-malam sambil 
 hangguk macam hantu
-ayu? jauh sekali
-comel ke??
-orang kedua pendek 
-suka ajet serius
-agak susah bangun disiang hari
-senang tapi kekadang susah jugak nak bangun pagi
-seorang berkaca mata
-suka curik katak orang
-elergik ayam dan chocolate

Aimi Majidah Binti Mohd Shukri
-ayu
-manis
-orang ke tiga tinggi
-gangster dalam ayu
-penakut
-gila -,-
-gegeh
-ada 4 bantal comel kat asrama. tapi katak diculik oleh nuril, ulat diculik oleh zatie, kitty diculik oleh  addah. So ada satu je captain.
-dalam diam sebenarnya seorang yang manja
-tak suka orang tau dia ada problem ke tak . tapi dia nak ada orang pujuk dalam senyap dan tahu    problem 
-hobi menyanyi, ketawa bersama mereka

ok now nak cerita pulak sedikit sebanyak seguni sehasta seciput tentang moment-moment kami dalam bilik B1. Macam yang dikatakan nuril akan bangun awal pagi-pagi *masa tak tentu kadang2 jam 2:50 / 3 lebih / 4:00 . Lepas tu dia akan kejut ana mahupun Izzati. Mawaddah orang terakhir kitorang kejut. Sebab apa? Sebab susah nak kejut. hehe. Ada satu pagi tu, gerak addah. Addah bangun dan senyum. Lama dia senyum. Meremang bulu roma apabila menyaksikan kejadian yang berlaku itu. Then tidur balik. Kami ahli bilik mengutamakan ahli bilik dulu. Apa-apa pun semua ahli bilik didahulukan. I give one example : contoh kalau dekat shower (bilik mandi) . Kami akan pastikan semua ahli bilik dah mandi baru kitorang bagi puteri-puteri lain masuk. Semua dah masak dengan perangai bilik kami. ^^v Ok lepas solat subuh, semua bergegas masuk dalam bilik dan mulalah projek kami iaitu bersiap untuk ke sekolah. Dalam bilik ada 2 cermin. Tapi satu cermin ni sangat famous. haha. kami akan berdiri depan cermin ikut turutan. depan sekali Addah, second Izzati, Third Aimi and last sekali Nuril. Disitu bermulalah sesi gelak ketawa, aku lindung kau, kau lindung aku. Mak ku hijau, kuning, hitam semua ada. Ada sorang junior ni kata "Bilik B1 kalau sorang keluaq semua mesti keluaq berjemaah sekali". Ada jugak orang perati bilik kami nih. Famous. Kami buat apa semua sama-sama tak semua kot... 

***
....Penat type....

Lari tajuk jap. Ana dengan Mawaddah kalau lepas sekolah masa engah tunngu sebelum solat asar. Kami akan naik atas pentas surau tu. Capai mike then singing. Gila kan. then bila adik2 masuk depa tengok je. haha. layan je la kakak-kakak senior yang gila nih. lepas singing kami pon buat siaran langsung sendri. temu ramah orang dll.

Okay back to the topic.

Sesi persekolahan tamat pada jam 5 lebih kurang. Balik-balik tu terus kena sorok cermin. Nanti ada la yang nak start perasan depan cermin. Tak aimi, mawaddah tak mawaddah, zatie tak zatie, nuril. cakap dengan cermin. Kalau sorok cermin pon semua boleh gagah lagi pi cari cermin lain -,-. Ok sepatututnya nama bilik kena tukar. Momento Perasan B1. hoho. Kadang-kadang study sikit-sikit yang banyaknya sembang. Kalau boleh gelak tu. MasyaAllah. Macam-macam topik la kami masuk. Kami mennyanyi, kami sharing cerita. Sorang pon tak boleh tidur lepas Asar. Kalau ada yang nak tertido kami mesti jalan-jalan keluar pi bendang or pi belakang asrama. Tidur lepas asar kan tak elok. Tapi kalau semua dha mengantuk tu hmmm faham-faham je lah. Mata tu nampak katil, nampak katak, nampak ular nampak captain apa tah and nampak kitty je. Kalau x de orang kejut alamatnya sampai ke maghrib la kami terlajak. Bila sebut pasal terlajak ni, Ada satu hari tu ramadhan ke 5 maybe. Tak ingat pulak yang tu. Memang haritu penat sangat. Lepas tadarrus terus masuk bilik tidur. Bilik kami ni tak suka open pintu *keling So orang luar tak perasan skami keluar ke tak lagi. Nak dijadikan cerita Anis Najma masuk... time tu jam menunjukkan pukul 7:29 lagi berapa minit nak bukak puasa. Time tu bilik pun dha gelap sebab tak bukak lampu. Nasib baik Allah gerakkan hati Anis untuk check bilik kami. Kalau tak... alamatnya lepas tarawih baru kami bangun dan berbuka puasa. hehe. *dalam hati, kenapa anis gerak. alaaaa 

***
Kalau bulan puasa kami akan order makanan or minuman then share satu bilik. Sikit cara sikit, banyak cara banyak. Contoh mawaddah order air kelapa, aimi order jagung cup, nuril order puding zatie order ayam. Then kami akan share berjemaah. Kami makan lepas terawih. Tu kalau bulan puasa. kalau bukan bukan puasa kami share biskut . ais yang ditabur milo *Ahli bilik kami penngemar ais. Lagi-lagi Mawaddah dan Aimi.  Kalau la sekolah buat satu pertandingan 'BILIK YANG TUTUP LAMPU PALING LAMBAT' kami la pemenangnya. 

***
Satu ni yang paling ana tak suka. Tau tak benda apa? Ana ni bukannya penakut. Kalau dekat rumah duk sorang-sorang dalam bilik dekat tingkat atas. tak rasa apa pun. Duduk rumah malam-malam sorang-sorang, mama baba ana semua keluar ana tak takut. Tapi bila asrama ni ana jadi takut. Nuril dengan Izzati apa lagi gunakan peluang yang adalah untuk kenakan Ana dan Mawaddah sebab kitorang takut. Diorang start la buat hantu diorang tu. bayangkan tengah peluk bear tu tiba-tiba dia cakap. Or dia kata kakak kakak nak main dengan kakak boleh. Adik bosan la. Macam-macam la diorang kacau. Kalau time tu tak naik atas katil lagi, Ana akan lari keluar bilik. Kalau dah naik atas katil, diorang kena baling dengan bantal, Inilah puncanya Ana dan Mawaddah tidur sekali tiap-tiap malam.  

***
In the end.. Banyak sangat benda sweet kami. Tapi tak nak cerita. Biarlah tersimpan didalam hati. Sebab tak elok ceritakan kesweetan kami dekat umum. aceywah. Yang penting semua ahli bilik B1 mok mok. mok mok. mok mok.

Awak saya jatuh cinta dengan awak . Awak cinta pandang pertama saya. Tapi sayang awak takkan kumiliki. ok gedikkss


No comments:

Post a Comment