Monday 8 June 2015

KAHFI Utagha 2015

Assalamualaikum w.b.t

PESERTA KAHFI 2015
   Dari semalam nak update pasal kem tapi tak terupdate lagi sebab malas nak type. hehe. Dari semalam ada orang dok tanya bila nak update nih? femesnye ite, haha. ok berbalik kepada jalan yang asal, Alhamdulillah, pada tanggal 3 Jun 2015 ana serta kawan-kawan yang lain telah menumpahkan penuh masing-masing untuk menghadiri satu KEM yang mana terdapat pelbagai pengisian rohani yang bertempat di Merbok, Kedah. Sebuah Kem yang dipanggil KAHFI . Kem Asah Fakulti Insan. Okay sasteranya aku nih,

"Syabab!!"

"Qawiy!!"

"Semangat sikit. Bagi gegar satu kem ni. Okey sekali lagi"

"Syabab!!"

"Qawiy!!"

"Nisaa'!!"

"Mumtaz"

"Lawan putera , bagi lagi kuat"

"Nisaa'!!"

"Mumtaz!!"

   Inilah salah satu perkataan yang amat dirindui. Macam-macam aktiviti yang ada. Yang pasti semua best-best. First day sampai ke Kahfi jap nak kena usya balik buku program.. haha , lupa. okey fine kami buat pendaftaran. Daftar agak lambat jugakla walaupon mai awal sehari -,- . Then ada majlis perasmian Kahfi, taklimat and Heart Setting semua. Makan semua tak yah cerita la nnti panjang sangat, Selepas selesai makan dan dan Solat. Kami ada satu aktiviti Ice Breaking dan Team Bulding yang lebih dikenali sebagai TEBU.*lapaq tebu. Yang paling best pecahkan belon orang. Sangat best. Kumpulan ana berjaya mengalahkan 3 kumpulan yang ada. Well semua SADO-SADO..
Malam tu ada satu slot yang bertajuk Permata yang dinanti @ Oh Ummahku. Pengisian oleh Ustaz (lupa nama) sangat menusuk ke qalbu dan sanubari. serius deep sebab terkena batang hidung sendiri. Sebab dia sedarkan apa yang dha jadi pada zaman sremaja sekarang dan peranan iman dalam menghadapi jahiliyah. Antaranya kena jaga hubungan dengan Allah dan jaga jugak hubungan dengan manusia. Then malam tu ada khatibah. Kumpulan ana kena jaga pukul 2:30-3:30 maybe. Nyamuk banyak yang amat. Sod Ba Roo ja yang mampu dengan sejuk dik dik nya. Biasalah dlm hutan dan tepi sungai. Tapi memang best. Kami tadarus Al_quran sebantar dan selebihnya tidur dan sembang hampeh betul. kurang dha pahala dekat situ. taubat aimi. 

  Esoknya pulak, macam biasa seperti rutin harian kita, Qiamulail *kekadang , Solat Subuh. Then ada tazkirah subuh yang disampaikan oleh Kak Faa. Ada sedikit senaman, sarapan pagi. Then semua kena kumpul kat padang. Siap-siap nak buat KAHFI Adventure. Satu aktiviti yang mana mencabar fizikal dan mental. Regangkan otot semua. Then abang Arif (abang kem kom) suruh bawak pen sorang satu. dia bgi masa 20 saat kalau x silap pi kt khemah amik pen. Sat gila. Sapa yang lambat sampai kena denda. Alhamdulillah sempat.

muka2 yang kena denda. ekeke. 3 orang yang lambat 
 Tak tau la berapa jam kami trakking. Rasa 4 jam mungkin or lebih. checkpoint yang paling ana suka adalah checkpoint 2. Yang mana ada seorang ahli nujum berkaca mata dan kena cari botol air mineral dan juga 100plus. 100plus ni limited tau. Ada satu ja dan sangat susah nak carinya. Nak dapatkan 100plus ni kena jumpa nujum sebab kalau tak jumpa nujum memang tak jumpa. Sebab seriously wa habaq . Susah nak jumpa. Nak dapatkan 100plus tu ana dan semua anak-anak buah ana mengambil keputusan untuk berjumpa dengan nujum berkaca mata. Nujum kata kena bagi apa-apa untuk dapatkan clue ni. Then eisya bawak durian . Nujum tak mau memilih sungguh. Then Nujum nampak air mineral yang baru kami jumpa tu. Nujum nak yang tu. Tapi ana tak mau bagi. ana bagi yang tingal separuh dan sebatang pen biru. Sayang nak korbankan. Almaklum laa air yang dekat tangan pon dha sikit. Nak trakking jauh lagi. Kalau tak jumpa 100plus kami nak minum apa? Lagipun kurang yakin dengan nujum berkaca mata nih. Dia macam main-main. haha. Hasil pengorbanan yang sedikit kami pun dapat lha hasil yang sedikit. Nujum Kasi clue dekat pasir ja. Ana dan anak buah ana berpecah dan cari dekat pasir2. Korek tanah semua. Habis kotor tangan. Then tak jugak jumpa. Kami pi lagi kat nujum berkaca mata.. mintak lagi clue. Nujum dari tadi dok aim Air mineral kmi tu jaa. Kami tak bagi. Kami bagi duit kertas dan satu lagi pen. Then nujum nak bgi clue tpi nujum nak botol air mineral tu jugak. Rasa berat tau tak nak lepaskan. Takut tak dapat 100plus tu. Then ana mengadakan sedikit perbincangan sesama kami dan semua bersepakat untuk melet it go kan aja botol tu walaupon ada yang tak rela lagi and ana kata kat nujum . kalau bagi botol ni bagitau terus tau tempat dia kt mana semua. Then nujum berkaca mata bagi clue yang agak best. Nujum kata kat sungai celah2 batu. Kami pon redah kat sana. Tak fikir apa dah. Baju basah pon x kisah . Cari-cari, angkat semua batu tak jumpa jugak. Then mintak lagi clue dan bagi 2 batang pen lagi. Lepas tu nujum berkaca mata dan bertopi datang dan tunjuk kat baju biru tu. Kami pon buang batu yang agak besar dan gali dan terus gali sampai jumpa. Semua dekat situ bertakbir. "Takbir!!" "Allahuakbar" Alhamdulillah. Berkat pengorbanan kami. Dapat jugak hasilnya.
Muka-muka bahagia dapat 100plus .Hilang semua kepenatan yang bersarang dalam diri.

Alhi kumpulan muslimah sado dan kak intan 

Yeay dapat. Alhamdulillah.  Terima kasih nujum berkaca mata. 

hmmmm. Ragu2 nak bagi ke tak botol tu. Hmm. 


 Sebelum terlupa terima kasih nujum berkaca mata dan bertopi. Ok. Then perjalanan nak balik tu kena jalan dalam sungai. Masyaallah, Ni agak mencabar laa. Mengharungi air sungai yang sangat advanture se adventurenya. Pelbagai adegan sweet, sour, bitter berlaku masa meredah sungai nih. Tapi kitorangkan S.A.D.O kan Sado. haha . So tak kisah sangat. Tapi kesian bagi yang mana lambat. huhu. Then balik tu siap-siap kan diri semua, kena sembelih ayam pulak. hehehe. Ni best . Masa dengar kena sembelih tu, Rasa excited sangat. Nak cuba pengalaman baru. Bila lagi nak cuba kan? Tumpang ada peluang, Kita ambil peluang yang ada nih. Jangan lepaskan peluang. Abang Albo kata cara ana sembelih macam dha berpengalaman Ok ayu nak kembang sekejap bole? sekejap ja.. haha blah la aimi.
Bismillah. Ustaz ayam kata apa membelakangi kiblat ni. Tapi x pa la teruskan. Mau x belakang kiblat. Kalau mengadap kiblat sahabat penuh depan tu. 

Kena sembelih sendiri, kena proses sendiri dan semua lha sendiri. Chef De Kahfi. Muslimah Sado buat 2 menu masakan. Ayam Goreng Berempah Sado. Ada yang tanya macam mana kami boleh buat berempah sebab tak de pon rempah yang nak perap ayam tu. Jawapannya biarlah rahsia dan menu kedua kami Sup Sayur Sado.. Sup tu mai campak ja bahan yang ada. Tapi alhamdulillah ada orang puji sedap. Nampak simple je kan tapi nak menghasilkannya memerlukan aksi ukhwah yang mantop. Chaiyok MUSLIMAH S.A.D.O. Then malam tu ada slot Didiklah Diri Sepanjang Hayat yang disampaikan oleh Ustaz Umar Aiman. Malam tu mengantuk sangat. Macam2 dha buat. tampar pipi sendiri, cubit diri sendiri, segar jap then ngantuk balik. Assif ustaz Umar. Mesti Ustaz Umar terasa. Rasa bersalah la pulak. hmmm. Then lepas habis slot tu ingatkan dha boleh tidur. Mata ni dha tak nampak apa dha. Nampak bantal je. Then tetiba kak Maya (Penolong Kem Kom) suruh tukar baju riadah dan kasut sukan.  Dalam hati ni kata mesti nak buat night walk. Ngantuk la kak Maya. Huuu. Malasnyaaaaa. *nampak tak kemalasanku disitu. Jangan tiru tau. Ini amaran keras. Pleasee. Semua kena rajin. Biar ana sorang je malas.

ngantuk sebenarya ni. hehe 


  Last day kat KAHFI sebelum tamat kem, ada satu slot terakhir iaitu slot Aku, Remaja dan Tarbiyah. Menerangkan apa itu tarbiyah. Perkataan ni mungkin 99% orang pernah dengar ya dak?Tarbiyah ni satu proses untuk mendidik seseorang kearah yang lebih baik agar kita lebih dekat dengan Allah. Itulah Tarbiyah Didalan proses Tarbiyah mesti ada seorang Murobbi (pendidik) dan seorang Mutarabbi (orang yang dididik). Cukup la setakat tu. Kalau nak masuk bab tarbiyah perlukan entry yang baru. Tak cukup satu entry ni je. Okey lagi beberapa nak tinggalkan KAHFI hadir 1001 perasaan. Tak nak tinggalkan KAHFI lagi. X habis kenal adik2 Dato' Ali lagi. 3 hari tak cukup. Bak kata seorang sahabat "kalau KMK sesuai buat 30 hari 29 malam, KAHFI cukup 300 hari 299 malam. Hahaha. KAHFI mantop. KAHFI terbaikk. Ok. Setakat ini sahaja. Rasa-rasa boleh buat cerpen tak? Okey berangan. Akhir kata benarkan ana melafaskan trademark kumpulan kami buat kali terakhir. Haha.
hari2 terakhir selepas sesi salam semut. 

"Nahnu Muslimah!! S.A.D.O sado.. Takbir! Allahuakbar! Takbir! Allahuakbar! Takbir! Allahuakbar!"Walaupon ringkas dan simple tapi banyak makna tersirat disebalik mengapa kami memilih nama ni sebagai nama kumpulan.

 Sekiah dari ana yang ayu dan manis. Ok perasan.

-THE END- 



5 comments:

  1. Haha.. siapakah nujum itu?? Ambo tertanya-tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Jgn baca lgi. Tak siap lagi. Nak edit bnyk lgi ni. X smpai cerita akhir laGi

      Delete
    2. Hahaha. Jgn baca lgi. Tak siap lagi. Nak edit bnyk lgi ni. X smpai cerita akhir laGi

      Delete
    3. Lullzz.. dah hbis dahhh

      Delete
    4. Laaa. X habis lgi laa. Ok baca lain

      Delete