Saturday 27 June 2015

Suatu Hari Nanti

Assalamualaikum : )


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 


Alhamdulillah harini masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya dan harini sudah masuk 11 Ramadhan 1436. May Allah ease everything for us. May Allah protect us for any harm and may Allah give us strenght. Ameen.


   Alkisahmya bermula begini pada tahun 2011 ketika di tingkatan satu. Ana dengan semangat berkobar-kobar ingin berpurdah. Suka sangat tengok akak-akak yang berpurdah dan teringin ada kawan yang berpurdah. Nak tanya pengalaman diorang. Terasa seperti hati ini diketuk  diketuk hati ini untuk memakai pudah jugak. Tapi time tu ana still tak pasti siapa yang mengetuk. Boleh jadi Allah, boleh jadi musuh Allah. Sebab apa ana kata macam tu? Kerana semangat yang menjulang itu ketika Allah izin menjejak kaki ke Makkah menjadi tetamu Allah, ana beli satu purdah untuk diri dan sampai sekarang masih ada purdah tu. Pertama kali pakai purdah tu rasa nak menangis, dapat rasa ketenangan bila memakai secebis kain itu dan rasa yang tau nak cerita macam mana. Tapi bila mana menatap wajah sendiri di cermin, hatiku mula berkata-kata "eh? cantik jugak aku berpurdah" faham tak apa yang ana nak maksudkan ni? sebab tu ana tak pasti sama ada diketuk oleh Allah ataupun musuh Allah. Niat aku nak berpurdah tu seolah-olah dicemari oleh bisikan syaitan. Dia membisikkan di halwa telinga ana dan mencantikkan pandangan mata ana terhadap wajah sendiri. Dia buat niat aku nak berpurdah itu kerana lain. Pintar betul kau syaitan! Sekelip mata twist niat ana tu. Ana tahan niat ana nak berpurdah. Sebab takut niat tu jadi lain  dan sekarang ramai yang menjadikan purdah sebagai satu trend. 

   Okey start tahun ni ana ada hobi baru iaitu membeli purdah / niqab online. Tak pakai pun just buat koleksi. Akan pakai bila tiba masanya. Setiap kali ada gambar orang berpurdah atau kartun berpurdah ana akan save dalam fon. Kerana ana suka melihat mereka yang berpurdah dan mereka sangat beruntung kerana Allah pilih mereka untuk berpurdah.Ya dan ana pernah bernazar kalau ana dapat ni ana nak berpurdah tapi, once again ana batalkan nazar tu. Ana gantikan dengan nazar lain. Asbab? diri sendiri yang mengetahui. Ana selalu berfikir kalau pakai purdah, nanti kalau pi rumah cousin or cousin datang rumah or balik kampung, kena pakai purdah jugak ka? Takkan nak berkurung dalam bilik? Tapi aku teringat satu lagu nasyid hijjaz yang berbunyi begini..  


"utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia"


ya! one day later i will! InsyaAllah. Ana akan pastikan suatu hari nanti ana berpurdah jugak. Peduli apa yang orang nak kata. Tajdid niat



No comments:

Post a Comment