Thursday 11 June 2015

Ramadhan To Go. Vrooomm

Bismillahirrahmanirrahim

Pimpinlah aku kejalan yang benar.

Assalamualaikum w.b.t semua
Lama tak update entry baru dekat blog ni (lama la sangat padahal baru semalam je update.hoho)
Peh. Sejuk bebenor malam nih. Dah pakai sweater pun sejuk lagi. pehh pehh pehhh. ok lelebih pulak aku ni. Kembali kepada tajuk.

Jika semua Harta adalah Racun,
Maka Zakat adalah Penawarnya

Jika seluruh Umur adalah Dosa
Maka Taqwa dan Taubat adalah Ubatnya

Jika seluruh Bulan adalah Noda 
Maka Ramadhan adalah Pemutihnya 

Ramadhan semakin menghampiri kita, mengikut congak dan hitung yang telah dilakukan tadi masuk mathematik jap. bermula dari hari ini bermakna 6 hari lagi nak puasa kan? Rasa sekejap sangat masa berlalu.. Tak sabar sangat nak bertemu Ramadhan. Excited. Ramadhan datang dan pergi. Datangnya disambut, Perginya ditangisi. Ramadhan merupakan satu bulan yang KBAT (famous, hot dan sebagainya) *istilah budak hots dimana di dalamnya ada pelbagai kelebihan dan merupakan penghulu kepada semua bulan 
 

Kita adalah golongan yang rugi sekiranya kita pandang bulan Ramadhan hanya sebelah mata. Kita adalah manusia yang paling bodoh sekiranya kita tak guna peluang dan ruang yang Allah bagi ni untuk menambah pahala yang berganda dalam bulan yang mulia ini. Mungkin kali ni Ramadhan terakhir kita? Allah Allah. Bulan yang penuh Tarbiyah, jangan dipersia-siakan seperti ramadhan yang lepas-lepas. Semoga Ramadhan kali ni menjadi titik pertama kearah kebaikan untuk bulan-bulan selepasnya sehingga bertemu Ramadhan pada tahun depan atau kematian. Tingkatkan amal ibadah kita. Dan yang paling penting, jihad melawan syaitooonn laknatullah dan nafsu. Gunakan kesempatan di bulan Ramadhan ni untuk kejar pahala berganda. Anggaplah ini Ramadhan terakhir kita.  

Subhanallah. Cantikkan? Tenang je bila tengok.
Bayangkan macam mana malam LailatulQadr
Okey nak bagi tips-tips ni, Tengok tau *okey semua macam mereput. no respons. Take note. tak perlu pen, kertas bagai. Screenshot je. Tahu semua yang baca ni pakai phone mahal-mahal jeles.
  • Doa agar disampaikan ke bulan Ramadhan.
  • Perbanyakkan amalan sunat.
  • Belajar hukum hakam berpuasa. So kita akan lebih bersedia.
  • Check list amal ibadat kita. Qada' balik yang mana tertinggal or sengaja tinggal dulu-dulu.
  • Banyakkan berzikir
  • Sediakan rohani dan fizikal untuk ditarbiyah oleh Murobbi kita, Ramadhan.
  • Berazam nak isi masa ramadhan dengan perbanyakkan amalan dan taat kepada Allah.
  • Kurangkan bergosip.
  • Hias rumah bagi semangat sikit nak sambut ramadhan.
  • Tukar habit buruk dalam diri kita. tak mampu nak tukar semua satu pon jadi lah. 
Okey. Dha screenshot? kalau tak boleh screenshot pon usaha ambil kertas dan pen. ambil sikit note.
Ok tiada sahutan. Krik Krik Krik Krik Krik. Ok maaf, lupa pulak ana tengah berdialog dengan blog. Memang dia tak jawab -,- -,- -,- 


okey see this first sebelum tekan [X] 


-Salam Ramadhan dari ana-

2 comments:

  1. apa yg nk komen kat sini...aaa

    ReplyDelete
  2. nk komen ...mmang THORBAEEKKKKK XD
    amiklah peluang ini untuk mengutip segala ilmu yg di curahkan...
    kerana nk tuntut ilmu skarang ni(zaman skarang) celah mna bleh dpt...klau di bndingkan dgn zaman dulu...cuma kita prlu brhati2 pada setiap ilmu yg kita perolehi...rujuklah kpd yg hamba lebih berILMU....terbaek dari blogger

    ReplyDelete